• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Buka Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R, 4 April ini!

Indonesia Buka Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R, 4 April ini!

March 13, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI  Motor Indonesia (KMI) menerusi satu klip video di YouTube mengesahkan acara Kawasaki Bike Week 2020 yang sepatutnya berlangsung di Karnival Pantai Ancol pada 4 April ini terpaksa ditunda disebabkan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, peminat motosikal jenama Jepun itu tidak perlu bimbang kerana KMI akan menayangkan sportbike baharu Ninja ZX-25R di Bilik Pameran Kawasaki Abdul Muis pada hari sama.

Menariknya, video sama mengeluarkan kenyataan yang bakal pembeli boleh membuat pratempahan model suku liter 4-silinder sebaris itu di bilik pameran tersebut, juga pada hari sama.

BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

Penduduk luar kawasan Jabodetabekser pula boleh membuat tempahan di pengedar Kawasaki seluruh Indonesia.

Nombor tempahan pelanggan akan bermula 4 April 2020. Siapa cepat, dia dapat."

Berdasarkan klip video berdurasi 53 saat itu, seorang lelaki memakai baju dengan paparan mesej 'Penunggang Ninja ZX-25R dikehendaki' sebelum menghidupkan sportbike tersebut.

Di Jepun, ZX-25R dikatakan akan dijual Oktober nanti dan pengumuman rasmi dijangka mungkin dibuat musim panas ini.

BACA >>> Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!

SUMBER: YoungMachine

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev