• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GAZOO Racing, Super GT Jalin Kolaborasi Musim Ini

Toyota GAZOO Racing, Super GT Jalin Kolaborasi Musim Ini

March 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Vios Challenge yang menjadi acara utama Festival  Toyota GAZOO Racing (TGR) di Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan pada 2017 mendapat sokongan hebat peminat sukan permotoran tempatan.

Ini dibuktikan dengan jumlah 1.1 juta tontonan sepanjang tahun lalu yang mendorong UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan festival tersebut untuk musim ketiga tahun ini.

Kejayaan itu turut menarik perhatian pihak siri perlumbaan grand touring dari Jepun, Super GT yang berminat bekerjasama dengan TGR bagi merancakkan lagi festival tersebut dengan tambahan pelbagai aktiviti menarik seperti pengalaman berlumba ala Super GT dalam setiap pusingan Toyota Vios Challenge.

BACA >>> Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Kini Musim ke-3, Tampil Ain Edruce dan Syafiq Kyle

supergt-japan-logo
tgr-toyota-gazoo-racing-logo

Ketua Pegawai Permotoran dan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menganggap kolaborasi dengan Super GT adalah  sesuatu yang membanggakan.

"Besar harapan kami dapat melebarkan sayap arena sukan permotoran ke peringkat lebih tinggi. Peluang sebegini meletakkan TGR setanding perlumbaan berprestij seperti Super GT," katanya.

Toyota Gazoo Racing Season 3_12
Toyota Gazoo Racing Season 3_17
toyota gazoo racing batu kawan

Selain perlumbaan dalam trek seperti Toyota Vios Challenge, Festival TGR juga menganjurkan pertandingan permainan video berbilang rangkaian secara atas talian, Gazoo Racing Velocity e-Sports yang baru saja menamatkan siri perlumbaan musim kedua tahun lalu.

Gazoo Racing Velocity e-Sports ialah permainan video e-sukan terbesar Malaysia, manakala UMWT pula menjadi pengeluar empat roda pertama Malaysia menganjurkan permainan seperti itu. Kolaborasi ini juga bakal menampilkan jentera baharu, Toyota Supra.

Lebih istimewa, orang ramai boleh merasai pengalaman memandu sendiri jentera prestasi tinggi pertama GR itu. Jangan lepaskan peluang menonton pusingan keempat Festival TGR musim ketiga yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, 18 dan 19 April ini.

Keterangan lanjut boleh layari laman web ToyotaGazooRacing.

BACA >>> Toyota Vios Challenge 3.0: Aksi Final di Sepang Berlangsung Tanpa Penonton

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Takeyama, Auto Terkini, Festival Toyota GAZOO Racing (TGR), Gazoo Racing Velocity e-Sports, Litar Antarabangsa Sepang, Super GT Jepun, TGR 2020, TGR Festival Musim ke-3, TGR Vios Challenge, Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), UMW Toyota Motor, Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev