• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Hayabusa Rekod Dunia 650hp Mahu Dijual £30,000 (RM164k)

Suzuki Hayabusa Rekod Dunia 650hp Mahu Dijual £30,000 (RM164k)

March 12, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH Suzuki Hayabusa yang masih memegang Rekod Dunia Kelajuan Darat kini mahu dijual pada harga cuma £30,000 (RM164,470)

Hayabusa ini diubah suai Mick Ellis dari bengkel BDR Performance dengan memasang turbo dan melakukan beberapa modifikasi lain hingga mampu menjana 650hp.

Penunggang yang mencipta rekod dunia itu ialah isterinya sendiri, Becci Ellis sebagai penunggang wanita terpantas dengan rekod 425kmj sejak Ogos 2014. Becci kini masih memegang rekod dunia itu walaupun nyaris maut selepas terhempas ketika cuba memecahkan rekod sendiri pada 2015. Ellis mengambil masa lebih dua tahun untuk menala Hayabusa itu sebelum Becci mencipta rekod tersebut.

BACA >>> Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa

Hayabusa itu masih menggunakan enjin generasi pertama, 1,300cc dan dipasang seunit turbo Garrett GT35 dengan teklologi suntikan bahan api Bosch, kotak gear diubah suai, konrod Carrillo dan piston mampatan rendah Weisco.

Selain menggunakan bahan api oktana 119, Ellis masih mengekalkan frem dan subfrem asal Hayabusa, cuma geometri stereng ditala semula John Warrington Motorcycles. Bahagian swingarm 4 inci lebih panjang dengan sistem suspensi Nitron, manakala rim dan cakera brek kekal standard, cuma kaliper brek dan pad brek SBS menjadi pilihan.

Pelana asal turut diubah suai dengan tambahan pad untuk menyokong belakang badan. Lampu utama dan lampu signal belok juga ditanggalkan. Jika minat membeli, anda boleh lawat Facebook Worlds Fastest Woman- Becci Ellis.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike

GALERI
Hayabusa Lelong 1
Hayabusa Lelong 2
Hayabusa Lelong 4
Hayabusa Lelong 5
Hayabusa Lelong 3
Hayabusa Lelong
Hayabusa Lelong 7
Hayabusa Lelong 8
Hayabusa Lelong 9
Hayabusa Lelong 6

SUMBER: VisorDown | Facebook

Related

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, BDR Performance, Becci Ellis, Garrett GT35, John Warrington Motorcycles, Suzuki, Suzuki Hayabusa

Comments

  1. Jan says

    March 12, 2020 at 11:20 AM

    Sesungguhnya hayabusa turbo mampu menghasilkan lebih banyak horsepower dari itu, dalam youtube sampai 900++ pun ada, tapi tak tahulah ada tak yang berani naik 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev