SELEPAS automotif, Geely Holding Group kini mahu terlibat dalam industri pembuatan satelit pula. Pusat pengeluaran dan ujian satelit pengeluar itu kini dalam fasa pembinaan di bandar Taizhou, China.
Kilang terbaharu itu berada di bawah subsidiari Geely Holding Group, Geely Technology Group yang menjadikan ia syarikat persendirian pertama memulakan pengeluaran satelit di China. Fasiliti canggih tersebut terdiri daripada pusat pengeluaran satelit modular, pusat pengujian satelit, pusat kajian dan penyelidikan (R&D) satelit dan pusat komputer awan (cloud).
BACA >>> Geely, Volvo Rancang Tubuh Kumpulan Automotif Global
Berbekalkan kelebihan Geely dalam pengeluaran modular pintar, kilang tersebut sebenarnya memiliki kemampuan membangunkan dan mengeluarkan pelbagai variasi model satelit.
Malah, penyertaan Geely dalam bidang satelit adalah sebahagian transformasi pengeluar itu ke arah menjadi kumpulan teknologi mobiliti global. Strategi itu akan dilaksanakan syarikat Geely, Geespace yang ditubuhkan pada 2018 untuk pembangunan, pelancaran dan operasi satelit orbit rendah.
Menjelang akhir 2020, Geespace akan mula melancarkan rangkaian orbit rendah komersial. Antara manfaat satelit orbit rendah adalah kemudahan sambungan internet kelajuan tinggi, ketepatan navigasi dan keupayaan pengkomputeran awan.
BACA >>> 9 Fakta Pantas: Geely Icon dengan Sistem Penulen Udara untuk Cegah Covid-19
KENAPA MAHU MEMBANGUNKAN SATELIT ORBIT RENDAH?
- Peningkatan permintaan terhadap data berikutan ciri konektiviti yang ditawarkan kenderaan yang disepadukan dengan ekosistem Internet of Things (IoT).
- Satelit orbit rendah Geespace dibangunkan untuk memenuhi permintaan tersebut dengan keupayaan sambungan kelajuan tinggi. Ini membolehkan kemaskini Over the Air (OTA) dan penghantaran konten kepada pengguna dapat dibuat pantas.
- Pembangunan pemanduan autonomi Tahap 4 dan 5 memerlukan penggunaan ekosistem navigasi termaju bagi memastikan penggunaan selamat. Sistem navigasi sekarang bergantung kepada GPS satelit orbit tinggi yang terhad kepada ketepatan jarak beberapa meter.
- Rangkaian satelit orbit rendah Geespace menawarkan ketepatan data GPS hingga sentimeter (sm) yang membolehkan fungsi pemanduan seperti menukar lorong dan mengelak kemalangan diproses cepat dan tepat. Malah boleh diguna untuk kenderaan darat dan udara.
- Pengkomputeran awan dan edge (lokasi dekat) menerusi rangkaian orbit rendah mampu memenuhi beberapa keperluan pemprosesan data kenderaan.
Antara ciri penting satelit Geespace adalah rekabentuk dihasilkan untuk bertahan 1-10 tahun sebelum termusnah sendiri di ruang atmosfera pada penghujung kitaran hayat.
BACA >>> Geely Jual Lebih 2.1 Juta Unit, Proton Sumbang 100k Jualan Sepanjang 2019
Leave a Reply