• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?

#TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?

March 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda tertanya, kenapa lampu belakang kenderaan, termasuk lampu brek (yang menyala ketika brek ditekan) berwarna merah dan bukan biru, jingga, putih, kuning atau warna lain?

Jika anda sangka merah sebagai warna kegemaran pengeluar kenderaan, tekaan itu jauh tersasar. Lampu brek didatangkan standard dalam warna merah kerana ada sebab kukuh berasaskan kajian sains dan regulasi dipersetujui negara-negara dunia.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

Pilihan warna merah sebagai lampu belakang ada kaitan dengan hasil kajian sains dan teknikal sifat warna merah itu sendiri, merujuk kepada fenomena pembiasan cahaya (refraction of light). Dalam bahasa mudah, pembiasan bermaksud lenturan cahaya ketika dipancarkan dari satu medium ke medium lain.

Warna merah memiliki jarak gelombang paling panjang, iaitu 630mm-760nm (nanometer). Pancaran warna merah didapati tidak mudah terpesong atau condong jika terkena kandungan air dalam udara, hujan, kabus dan kabut, atau perubahan suhu udara. Ini membolehkan merah dapat dilihat jauh kerana ciri gelombang warna itu memang begitu.

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

Di bawah ini contoh warna dan jarak gelombang nm sebagai perbandingan:

  • Merah: 620nm-750nm
  • Jingga: 590nm-620nm
  • Kuning: 570nm-590nm
  • Hijau: 495nm-570nm
  • Biru: 450nm-495nm
  • Ungu: 380nm-450nm

Mata manusia akan memberikan respons lebih baik jika jarak gelombang warna spektrum itu lebih tinggi. Amnya, mata manusia normal menerima jarak gelombang antara 400nm-700nm.

KONVENSYEN VIENNA DAN MALAYSIA

ecosoc-logo
vienna-convention-logo

Konvensyen Vienna Mengenai Trafik Jalan Raya menetapkan merah sebagai warna lampu belakang. Selepas itu, Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) menerusi beberapa persidangan turut menyentuh mengenai tetapan dan penggunaan lampu merah sebagai lampu brek belakang.

Contoh, dokumen persidangan ECOSOC pada Oktober 2015 menerusi Artikel 32 Perkara 7 mensyaratkan lampu depan dan lampu brek motosikal perlu menyala pada waktu siang. Malah, ECOSOC juga mengenakan larangan ke atas penggunaan lampu putih sebagai lampu brek belakang, atau lampu merah sebagai lampu depan semua jenis kenderaan.

Malaysia menerusi Kementerian Pengangkutan turut menyertai Forum Dunia untuk Pengharmonian Regulasi Kenderaan (World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations, WP.29) sejak 4 April 2006. Menerusi keanggotaan ini, Malaysia menandatangani Perjanjian 1958 (perjanjian mengenai Pelaksanaan Preskripsi Teknikal Tetap).

Ini membawa kepada persetujuan Malaysia dalam mematuhi proses perakuan semua standard teknikal diluluskan untuk produk atau sistem automotif.

BILAKAH LAMPU MERAH MULA DIGUNAKAN UNTUK HENTIKAN KENDERAAN?

lampu-isyarat-kereta-api
lampu-kerosen-amerika

Sebelum sebarang regulasi dibuat, lampu merah sudah pun digunakan dalam sektor pengangkutan kereta api di Amerika Syarikat sekitar 1830-an sebagai isyarat kepada jurutera sama ada kereta api itu boleh meneruskan perjalanan atau perlu berhenti.

Sistem lokomotif itu kemudian diaplikasikan pada  lampu isyarat jalan raya, dan lampu brek kenderaan sebagai tanda amaran bahaya, atau kenderaan berhenti.

SUMBER: MechStuff | Beritagar | Gridoto | PBB | JPJ

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Kenapa Lampu Brek Warna Merah, Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC), Pembiasan Cahaya, tahukah anda, Warna Merah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev