• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hafizh Syahrin Akhirnya Dapat Tajaan, UMW Grantt Tampung 60 Peratus Kos Lumba

Hafizh Syahrin Akhirnya Dapat Tajaan, UMW Grantt Tampung 60 Peratus Kos Lumba

February 27, 2020 By Aryon Leave a Comment

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA negara Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya mendapat tajaan yang pasti membolehkan beliau mengharungi Kejuaraan Dunia Moto2 musim ini.

Tajaan itu disumbangkan syarikat korporat UMW Grantt International Sdn Bhd dan dikatakan mampu menampung sekurang-kurangnya 60 peratus daripada kos perlumbaan musim ini. Bagaimanapun, jumlah sebenar tajaan tersebut tidak didedahkan.

BACA >>> KBS Setuju Nak Taja Hafizh!

Hafizh akan memulakan saingan Moto2 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 6 hingga 8 Mac ini. Menurutnya, tajaan yang diberikan sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk beraksi dengan baik demi negara.

"Saya tidak boleh janjikan kemenangan di setiap perlumbaan, tapi sudah pasti akan buat yang terbaik dan beri saingan yang lebih sengit kepada pelumba lain, dalam setiap perlumbaan nanti," katanya dipetik Bernama.

Hafizh ditemui media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian dengan UMW Grantt International Sdn Bhd, yang diwakili Pengurus Besar Kanan Kumpulan Autoparts UMW, Anas Nasrun Mohd Osman.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah,Rezeki Dari Allah SWT tak salah alamat,semoga perjalanan ku dipermudahkan oleh Nya.Amin #RezekiDariAllah • • Terima kasih @umwgranttlube Dan semua yg terlibat. #teamHS #HS55

A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on Feb 26, 2020 at 1:33am PST

Hafizh kini beraksi bersama pasukan Angle Nieto dalam kelas Moto2 selepas meraih pengalaman dalam kelas premier MotoGP selama dua musim dengan pasukan Yamaha Tech3 dan KTM Tech3.

Pasukan Angel Nieto sebelum ini mendakwa hanya menyedia slot berlumba untuk Hafizh yang mana beliau perlu mencari sendiri sumber tajaan membabitkan gaji, tiket penerbangan, hotel, kos latihan dan pengangkutan.

Presiden Pembuatan dan Kejuruteraan UMW Datuk Abdul Rashid Musa berkata, kolaborasi bersama Hafizh Syahrin diharapkan dapat mengangkat jenama minyak Grantt di persada dunia.

"Grantt ini produk baharu, bermula 2015. Rasional pemberian bantuan kepada Hafizh adalah kerana beliau ikon permotoran negara. Beliau juga memberikan inspirasi kepada belia untuk menceburi bidang permotoran," katanya.

BACA >>> Hafizh Syahrin Main Basikal Pula!

Related

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angel Nieto, Angel Nieto Team, Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Hafizh Syahrin Abdullah, Moto2, MotoGP, MotoGP 2020, Roa2, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev