• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 9 Fakta Pantas: Geely Icon dengan Sistem Penulen Udara untuk Cegah Covid-19

9 Fakta Pantas: Geely Icon dengan Sistem Penulen Udara untuk Cegah Covid-19

February 27, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


GEELY Auto melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Icon secara atas talian yang disaksikan jutaan penduduk China.

Icon kali pertama ditayangkan sebagai model konsep pada Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, dan debut rasmini menerima lebih 30,000 tempahan atas talian. Apa yang menarik tentang SUV dengan rekabentuk futuristik ini?

BACA >>> #AutoChina2018: 10 Fakta Pantas - Geely Concept Icon Mahu Cetus Trend Automotif Baharu

1. Icon kereta pertama dalam segmennya dilengkapi teknologi hibrid ringan 48V. Menggunakan enjin petrol 1.5L Turbo berkuasa 175hp dan tork 255Nm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 7.9 saat.

2. Geely menghasilkan kontur pilar bersegi hasil ilham 8-bit daripada arkitektur komputer yang berbeza daripada rekabentuk crossover tradisional. Elemen permukaan dan grafik direka minimal seiring konsep gajet masa kini, iaitu ringkas di luar tetapi tersembunyi teknologi serba sofistikated di dalam.

3. Susun atur lampu depan diletakkan selepas gelung infiniti yang mewakili simbol masa dan menghasilkan rekabentuk terpisah. Bukan saja menarik tetapi juga meningkatkan kecekapan pencahayaan hingga 30 peratus dan meningkatkan penglihatan atas jalan hingga 165 meter.

4. Memilih konsep minimalis, Icon memfokuskan pada teknologi. Hendal pintu tersembunyi akan terkeluar apabila pengguna menghampiri kenderaan sebelum masuk semula apabila meninggalkan kenderaan, sama seperti Range Rover Velar.

BACA>>>#TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 - 7DCT yang Perlu Anda Tahu

5. Kabin sains fiksyen tampil premium dengan kombinasi kulit putih dan coklat berserta padanan sulaman kontras. Rekaan ventilator penyaman udara dan pemegang cawan mengetengahkan konsep infiniti. Ada dua skrin 10.25 inci di depan pemandu dan konsol tengah yang membolehkan pemandu berinteraksi menerusi sistem arahan suara pintar GKUI Geely Smart Ecosystem.

6. Icon didatangkan dengan teknologi pemanduan pintar L2+, terdiri daripada 12 radar ultrasonik, radar gelombang milimeter dan 5 kamera definisi tinggi (HD). Sistem keselamatan pula dilengkapkan ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Brek Kecemasan Automatik Pejalan Kaki (AEB-P), Parkir Automatik (APA) dan lain-lain.

7. Dari segi keselamatan, Icon dipasangkan kamera sensor keselamatan 360° dengan tambahan 180°. Ini membolehkan penumpang melihat imej 360° pada skrin kabin, dan visual 180°  untuk pemandu dari sisi, depan atau belakang kereta, sekali gus meminimumkan masalah titik buta.

8. Respons kepada wabak virus Covid-19, Geely Auto membangunkan Sistem Penulenan Udara Pintar (IAPS) lulus N95. Sistem penulen udara ini berfungsi dengan penyaman udara untuk mengasingkan dan menghilangkan unsur atau partikel berbahaya menerusi penstrilan dan menyahbau udara dalam kabin.

9. Icon dijual pada harga AS$16,500 (RM69,490). 

BACA>>>15 Fakta Pantas: Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)

GALERI

SUMBER: Global Geely

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Concept Icon, Geely, Geely Auto, Geely Icon, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV kompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my