• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Geely Jual Kereta Secara Online untuk Pembeli China

Covid-19: Geely Jual Kereta Secara Online untuk Pembeli China

March 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSULAN impak wabak Covid-19 yang semakin menular hingga menjejaskan pasaran automotif dunia, Zheejiang Geely Holding Group (Geely) mengambil inisiatif melancarkan servis jualan secara atas talian bagi memudahkan pelanggan China membeli kenderaan.

Langkah strategik ini diambil berikutan kemerosotan jumlah pengunjung ke bilik pameran dan premis jualan akibat wabak tersebut yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk China. Inisiatif tersebut juga secara tidak langsung diharapkan dapat membantu Geely meningkatkan hasil jualan.

BACA >>> Covid-19: Wanita Guna Kereta RC, Kawal Guna Telefon Pintar untuk Beli Pau

geely-logo-1
Geely Lancar Jualan Atas Talian (1)
Geely Lancar Jualan Atas Talian (1)
Geely Lancar Jualan Atas Talian (2)

Pelanggan kini boleh membuat tempahan menerusi laman web Geely, termasuk menawarkan khidmat penghantaran ke rumah buat pelanggan yang mahu memandu uji.

Naib Presiden Geely Auto Group, Victor Yang (Yang Xue Liang) berkata, strategi jualan atas talian ini sebenarnya lebih memudahkan mana-mana pengedar dan pengeluar kenderaan antarabangsa untuk berhubung dengan pelanggan sekaligus menerangkan dengan lebih terperinci hal-hal berkaitan jualan dan pemasaran produk. Pengalaman seperti ini dapat membantu syarikat sekiranya strategi ini dianggap berhasil sebagai suatu kaedah penjualan kenderaan baharu kelak.

Geely sebelum ini pernah melakukan urus niaga atas talian menerusi beberapa platform pihak ketiga seperti Tmall, JD.com serta Suning.com. Namun, ini kali pertama Geely berurus niaga menerusi laman web sendiri.

Pengedar automotif terkenal dunia seperti Tesla, BMW dan Mercedes juga dilihat mula mempromosikan produk jualan dengan cara sama sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas pihak berkuasa melarang penduduk China melakukan akitivi di tempat terbuka.

Sepanjang tempoh 16 hari sepanjang Februari lalu, hasil jualan kereta di China, yang terkenal sebagai pasaran kereta terbesar dunia, merosot 92 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Bagi Geely, penurunan drastik itu menyebabkan keuntungan jualan terjejas dan berapa di tahap kritikal apabila hanya suku daripada hasil penjualan biasa sepanjang Februari dapat dicapai.

BACA >>> Covid-19: Pasaran Automotif Dunia Terjejas Teruk, Jualan China Merosot 96 Peratus!

SUMBER: CarScoops

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, Covid-19, Geely, Jualan Atas Talian Geely, Mercedes, Tesla, Victor Yang (Yang Xue Liang), Wabak Koronavirus, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev