• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zero SR/S - Sport Touring EV dengan Jarak Tunggangan Bandar Sejauh 259km

Zero SR/S - Sport Touring EV dengan Jarak Tunggangan Bandar Sejauh 259km

February 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


ZERO Motorcycles mencipta nama dalam industri motosikal global dengan menawarkan aneka pilihan motosikal elektrik versi naked dan streetfighter.

Terbaharu, pengeluar dari California, Amerika Syarikat (AS) itu memperkenalkan satu lagi produk baharu untuk segmen sport touring, dinamakan Zero SR/S. Model fairing penuh ini dibangunkan berasaskan platform streetfighter SR/F yang dilancarkan tahun lalu.

BACA >>> Zero SR/F (2019) - Streetfighter EV Wajah Konvensional yang Mampu Pecut 200kmj!

SR/S berkongsi pek bateri 14.4kWh dan trenkuasa sama daripada SR/F  yang memberikan output seperti model saudaranya itu, iaitu:

  • Kelajuan maksimum - 200kmj
  • Jarak tunggangan untuk cas penuh - 320km
  • Tork - 190Nm
  • Tempoh cas - 60 minit (untuk cas 95 peratus)
zero srs 6
zero srs 4

SR/S juga ialah model elektrik IoT (Internet of Things) yang mana keseluruhan prestasi termasuk output enjin dan pengendalian dikawal mod tunggangan digital. Apakah perbezaan utama antara SR/S dan SR/F?

  • Fairing
  • Tunggangan lebih santai dengan perubahan posisi peg kaki dan bar hendal
  • Jarak tunggangan lebuh raya ditingkatkan 13 peratus (faktor aerodinamik)

Tambahan komponen fairing turut meningkatkan berat SR/S kira-kira 9kg daripada berat SR/F (220kg). Geometri tunggangan pula berubah dengan bar hendal lebih tinggi dan peg kaki lebih rendah.

Gaya tunggangan ini memberikan keselesaan menerusi posisi duduk lebih tegak ketika menunggang perlahan. Posisi duduk pembonceng juga lebih selesa dengan pelana lebih lebar yang dibantu peg kaki rendah.

BACA >>> Zero DS ZF14.4 - Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

Menurut Zero Motorcycle, jarak tunggangan SR/S adalah menyamai SR/F seperti berikut:

  • Bandar - 259km
  • Lebuh Raya - 132km
  • Bandar+Lebuh Raya - 175km

Jika ditambah aksesori Power Tank, kapasiti bateri SR/S dapat ditingkatkan 3.6kWh, yang mampu menggerakkan model ini sejauh seperti berikut:

  • Bandar - 323km
  • Lebuh Raya - 166km
  • Bandar+Lebuh Raya - 219km

SR/S Zero ditawarkan dengan dua varian iaitu Premium dan Standard. Varian Premium ada elemen tambahan seperti pengecas pantas 6kW, grip tangan dengan ciri pemanas dan bar aluminium. Sebaliknya, varian Standard diberikan pengecas 3kW.

Berikut harga pasaran SR/S:

  • Premium - AS$21,995 (RM93,250)
  • Standard - AS$19,995 (RM84,770)
  • Aksesori Power Tank - AS$2,895 (RM12,270).

Zero Motorcycle sudah memulakan penghantaran kepada rangkaian pengedar seluruh dunia, iaitu 91 unit di AS dan 200 unit untuk pasaran global.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

GALERI
zero srs 5
zero srs 3
zero srs 8
zero srs 6
zero srs 12
zero srs 2
zero srs 7
zero srs
zero srs 9
Made In California
zero srs 11
zero srs 4
SUMBER: TechCrunch | Electrek

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal elektrik, roda2, sport-touring, sportbike, Zero Motorcycles, Zero SR/S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
    Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev