• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa

Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa

February 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ERA 1980-an menyaksikan banyak pengeluar motosikal mencabar kemampuan diri untuk menghasilkan enjin paling berkuasa.

Perang kelajuan itu mencetuskan spekulasi yang khabarnya Kesatuan Eropah (EU) merancang mengehadkan kuasa kuda enjin motosikal kepada 100hp sahaja, tetapi tiada apa yang berlaku selepas itu. Akhir 1990-an, muncul model motosikal yang mengubah segalanya, Suzuki Hayabusa.

Honda CBR1100XX Super Blackbird
Honda CBR1100XX Super Blackbird
Suzuki GSX1300R Hayabusa
Suzuki GSX1300R Hayabusa

Pada 1990-an, Honda CBR1100XX Super Blackbird ialah model superbike terpantas, tetapi kemunculan Hayabusa menyebabkan rekod itu diserahkan kepada Suzuki.

Suzuki memperkenalkan Hayabusa generasi pertama pada 1999 yang dipacu enjin 4-silinder sebaris 1,300cc, berkuasa 173hp, dibangunkan daripada GSXR1100

MISI SUZUKI HAYABUSA

Hayabusa memang direka untuk memecahkan rekod Blackbird, dan superbike ini juga model pengeluaran pertama yang berjaya mencatatkan kelajuan lebih 300kmj.

Honda bagaimanapun memilih untuk tidak meniru langkah Suzuki, manakala Kawasaki pula menyambut cabaran dengan membangunkan enjin 1,400cc untuk model ZXR. Ketika itu semua pengeluar motosikal Jepun berusaha mencabar diri untuk melepasi penanda aras kelajuan 300kmj.

Ini detik penting dalam sejarah motosikal kerana perang kelajuan tersebut hampir membawa kepada sekatan langsung daripada EU.

EROPAH GUSAR

Pemimpin pentadbiran di Eropah menyuarakan kebimbangan terhadap trend penunggang menunggang motosikal berkuasa tinggi di jalan raya awam.

Akhirnya semua pengeluar Jepun bersetuju menamatkan perang kelajuan itu sebelum negara EU mengenakan tindakan ke atas produk masing-masing. Malah, timbul ura-ura EU bercadang mengharamkan import motosikal kelajuan tinggi dari Jepun.

Justeru bagi mencapai situasi menang-menang, maka lahirlah 'perjanjian lelaki budiman'  (the gentlemen’s agreement) sesama pihak terlibat tanpa ada sebarang majlis tandatangan rasmi. Tiada siapa tahu sama ada perjanjian itu ada dalam bentuk bertulis atau sebaliknya.

Ketika itu, Honda mengumumkan tidak akan menghasilkan motosikal melebihi halaju 300kmj, manakala Suzuki dan Kawasaki pula memilih untuk berdiam diri. Namun, perjanjian berkenaan sebenarnya memberi kesan terhadap model 1,000cc bermula 2000 yang menyaksikan Hayabusa dan Kawasaki ZX-14 baharu dipasangkan peranti pengehad halaju tidak lebih 300kmj.

ITALI LANGGAR PERJANJIAN?

BMW S1000RR
Ducati 1199 Panigale R
MV Agusta F4

Berbeza pula di Itali, pengeluar motosikal di sana tidak berminat menghasilkan model berkuasa tinggi untuk dipecut laju atas laluan lurus semata-mata. Sebaliknya, perlu menepati regulasi Kejuaraan Dunia (sukan perlumbaan). Pengeluar Itali memang tidak pernah mengetepikan hasrat mahu membangunkan motosikal terpantas.

Pada 2007, MV Agusta memperkenalkan superbike F4R 312 baharu, dan angka '312' itu ialah kelajuan maksimum model tersebut, 312kmj.

MV Agusta dikatakan pengeluar yang berjaya menamatkan gencatan perjanjian tidak bersurat tentang had kelajuan superbike. Selepas itu, Ducati mengikut jejak langkah sama dengan melancarkan 1199 Panigale R dengan kelajuan 325kmj sebelum disusuli BMW menerusi S1000RR.

Kawasaki menyertai senarai dengan bantuan model supercas 1,000cc, iaitu Ninja H2 (200hp) dan H2R (310hp). Pelumba Kenan Sofuoglu mencipta rekod dunia dengan Ninja H2R di atas Jambatan Osman Gazi, Turki. Rekod beliau ialah 400kmj (tonton video di atas).

SUMBER: Medium

Related

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW S1000RR, Ducati 1199 Panigale R, Honda CBR1100XX Super Blackbird, Kawasaki Ninja H2, MV Agusta, MV Agusta F4R 312, roda2, superbike, Suzuki Hayabusa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev