• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Jepun Minta Pemilik S2000 Cadangkan Alat Ganti di FB, Twitter

Honda Jepun Minta Pemilik S2000 Cadangkan Alat Ganti di FB, Twitter

February 25, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


BERITA baik buat pemilik Honda S2000 kerana tidak lama lagi masing-masing berpeluang mendapatkan alat ganti kereta sport ikonik itu secara atas talian, hasil inisiatif Honda Japan.

Pengeluar automotif Jepun itu akan menyediakan katalog atas talian yang akan menyenaraikan pelbagai komponen gantian untuk model tersebut bermula sekitar Jun ini.

BACA >>> Toyota Hasilkan Semula Alat Ganti Supra Lama

Buat masa ini, Honda Japan memerlukan pertolongan anda dan pemilik S2000 untuk memaklumkan jenis alat ganti yang diperlukan menerusi perkongsian di media sosial.

Apa perlu dibuat adalah menulis status dengan tanda pagar (hashtag) #S2000PartsCatalog di Facebook dan Twitter yang sudah bermula 20 Februari lalu hingga 30 April nanti. Kemudian, Honda Japan akan mengumpul maklumat tersebut sebagai rujukan.

BACA >>> Bawa Bertenang, Perodua Janji Teruskan Pengeluaran Alat Ganti Myvi Generasi Ke-2

s2000 1
s2000
honda-s2000-2009

Ini adalah cara Honda mengetahui alat ganti diperlukan pelanggan, terutama komponen yang difikirkan bakal mengalami masalah kekurangan bekalan pada masa akan datang. Selepas selesai mengumpul maklumat daripada media sosial, barulah pengumuman dibuat Mei nanti, iaitu sebulan sebelum katalog komponen S2000 disiarkan di Internet.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pengeluar mengambil pendekatan menyokong peminat dan pengumpul model klasik dan vintaj jenama masing-masing dengan menawarkan komponen, restorasi dan servis baik pulih. Antaranya Land Rover, Lamborghini, FCA, Mazda dan Toyota.

BACA >>> Honda Malaysia Labur RM11 Juta, Buka Gudang Alat Ganti Fasa 2 di Bukit Jelutong

SUMBER: Honda

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: alat ganti, Alat Ganti Honda S2000, Auto Terkini, Honda, Honda Japan, Honda S2000, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev