• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

February 23, 2020 By Brader Shawn 2 Comments

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS menayangkan model Kawasaki Ninja 250 ABS dengan label Modenas pada fairing kepala, ramai juga tertanya tentang ZX-25R. Adakah sportbike 4-silinder tersebut juga termasuk dalam projek Modenas-Kawasaki?

Mengenai projek CKD untuk model Modenas-Kawasaki, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, model usahasama dua pengeluar itu akan mula berada di pasaran Malaysia bermula penggal kedua tahun ini, dimulakan dengan Ninja 250 ABS.

"Projek CKD itu akan menggunakan komponen keluaran syarikat tempatan kira-kira 50 peratus," katanya.

Menurutnya, kerjasama Kawasaki Heavy Indusries (KHI) dan DRB-HICOM bukan hanya melibatkan pegangan saham dalam Modenas sahaja,  tetapi turut membabitkan manfaat yang akan diperoleh pengeluar motosikal nasional itu menerusi pemindahan teknologi, perkongsian ilmu dan kepakaran dari Jepun.

Mengenai ZX-25R pula, Roslan berkata, perkara itu belum dimuktamadkan lagi  dan masih dalam perbincangan kedua-dua pihak. Cuma apa yang dapat disahkan setakat ini ialah debut Ninja 250 ABS di bawah label Modenas.

Modenas Ninja 250 ABS akan menggunakan trenkuasa patuh Euro4, iaitu model lebih maju berbanding Ninja 250 versi Euro3 yang ada di pasaran Malaysia. Malaysia juga khabarnya akan menjadi satu-satunya negara Asena yang mendapat unit spesifikasi Euro4.

Malah menurut Roslan, unit yang ditayangkan sempena majlis pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, Jumaat lalu adalah moden yang dihantar KHI dari Jepun. Sportbike itu tiba di Malaysia Selasa minggu lalu, dan Modenas cuma ada masa dua hari persiapan sebelum dipamerkan kepada umum.

SUPERMOPED BELUM MATI!

Kami juga tidak lupa bertanya mengenai projek supermoped yang sentiasa dinantikan peminat permotoran tempatan sejak sekian lama. Roslan berkata, projek itu memang masih ada dalam perancangan Modenas.

Tumpuan awal perlu diberikan kepada produk Modenas-Kawasaki kerana KHI sudah ada kepentingan dalam Modenas.

Bagaimanapun, itu bukan alasan supermoped dikuburkan. Kami perlukan masa dan supermoped itu akan muncul dalam dua atau tiga tahun lagi."

- ROSLAN ROSKAN, CEO Modenas

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada supermoped itu akan menerima teknologi Kawasaki, Roslan memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan sama ada membenarkan atau menidakkan. Jadi, segalanya ada kemungkinan.

Related

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Heavy Industries (KHI), kawasaki ninja 250 abs, Kawasaki Ninja ZX-25R, KHI, Modenas, Modenas Ninja 250 ABS, Roslan Rokan, Roslan Roskan, super moped modenas, Supermoped

Comments

  1. Alson P says

    March 16, 2020 at 10:39 AM

    Teruskan usaha Modenas...
    Bangunkan supermoped 250cc single silinder...
    Medenas juga boleh merancang untuk bangunkan hypermoped 350cc / 450cc untuk pasaran akan datang..
    Supermoped EV lebih relevant untuk jangka masa panjang kehadapan...
    Modenas - Kawasaki boleh menguasai pasaran dua roda

    Reply
  2. SENUSI B.OSMAN says

    April 29, 2020 at 1:43 AM

    PENUNGGU SEDANG MENUNGGU MOPED 150CC KELUARAN DARIPADA PIHAK MODENAS. MINTA PENCERAHAN

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my