• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DreamEDGE Tayang Lampu Depan, Belakang Kereta Nasional Ketiga

DreamEDGE Tayang Lampu Depan, Belakang Kereta Nasional Ketiga

February 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

699
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN kejutan kemunculan Modenas Ninja 250, kelibat model kereta nasional ketiga pun turut memeranjatkan ramai hadirin sempena majlis pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, semalam.

Prototaip untuk Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB)  itu, yang dipertanggungjawabkan kepada DreamEdge, diletakkan dalam kotak besar di reruai firma tempatan tersebut dan cuma ada dua lubang kecil untuk diintip.

Seluruh badan diselubungkan kain hitam, cuma lampu depan dan belakang didedahkan. Berdasarkan maklumat luar kotak, kereta itu menawarkan rekabentuk moden dan futuristik dengan dilengkapkan ciri teknologi konektiviti serta Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS). Sedan nasional baharu itu juga didakwa menawarkan tahap penggunaan bahan api menjimatkan.

BACA >>> Menteri: Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga Akan Guna Geran R&D Kerajaan

Pada sidang media Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu prototaip kereta nasional ketiga itu sudahpun siap, dan kini sedang menunggu suntikan dana daripada pelabur bagi membolehkan projek tersebut memasuki pasaran antarabangsa.

Mahathir turut menegaskan yang Kerajaan tidak membuat sebarang pelaburan dalam projek berkenaan.

“Kita ada keupayaan untuk membina, tetapi kita tetap perlukan pelabur. Sebab itulah kita minta pelaburan swasta  seterusnya menghasilkan kereta bagi pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya.

BACA >>> Model Pertama Kereta Nasional Baharu Akan Lancar Mac 2021, Sedan Segmen-C Hibrid?

Related

699
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, DreamEDGE, Kereta Nasional Ketiga, Mahathir Mohamad, Roda4, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev