• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!

Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!

February 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

66.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS hari ini mengejutkan peminat motosikal semalaysia apabila mempamerkan sportbike suku liter yang dinamakan Modenas Ninja 250 ABS (2020) di Dewan Perdana, Menara MITI di Kuala Lumpur sempena majlis pelancaran Dasar Automotif Negara (NAP) 2020.

Model dengan warna hitam dan grafik coklat keemasan itu dijenamakan semula daripada Kawasaki Ninja 250 yang mana semua tahu pengeluar dari Jepun itu baru saja menambah pegangan saham dalam Modenas.

BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

HARGA MASIH RAHSIA

Ninja 250 pernah diiktiraf sebagai model sportbike suku liter terbaik daripada banyak portal permotoran antarabangsa. Menariknya, Modenas kini sedang menyiapkan barisan pengeluaran untuk Ninja 250 ABS versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Gurun, Kedah.

Harga belum didedahkan, tetapi kami jangka model yang memakai label Modenas itu akan lebih mesra poket.

Menurut sumber, selain Ninja 250 ABS, Modenas turut akan memasang satu lagi model CKD, iaitu model naked bike yang akan diperkenalkan tahun ini juga. Difahamkan, Modenas sebenarnya masih belum ada nama komersial untuk Ninja 250 ABS setakat ini. Ataupun elok saja dikekalkan nama Modenas Ninja?

BACA >>> Kawasaki Ninja 250SL (2020) Kini dengan Pilihan Warna Seragam Hijau KRT

KENAPA MODENAS, BUKAN KAWASAKI MOTORS MALAYSIA (KMM)?

modenas-ninja-250-29
modenas-ninja-250-28
modenas-ninja-250-26
modenas-ninja-250-25
modenas-ninja-250-11

Sebelum ini, Modenas pernah memberikan bayangan akan terlibat dalam projek pemasangan model Kawasaki kelas 250cc dan model Versys. Pengumuman itu bakal diumum nanti, dijangka pertengahan tahun ini.

Tahun lalu, kami pernah menyiarkan laporan perjanjian usahasama DRB-HICOM Berhad dan KHI yang membolehkan konglomerat Jepun itu meluaskan kuasa dalam Modenas menerusi pembelian saham.

Awal bulan ini, ada tiga laporan kontroversi didedahkan, termasuk penjelasan daripada pihak KMM selaku pengeluar dan pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia (sehingga kini). Boleh baca pautan di bawah ini:

  • Kawasaki hentikan jualan di Malaysia?
  • KMM jual produk CBU?
  • Respons daripada KMM

Sportbike (Modenas) Ninja 250 ABS ini dijana enjin dwi-silinder sebaris 249cc DOHC penyejukan cecair dengan nisbah mampatan 11.6:1. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 35hp @ 12,500rpm dan tork puncak 23Nm @ 10,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Sistem suspensi dilengkapkan fork teleskopik di depan, dan monoshock di belakang.Sistem brek pula menggunakan unit cakera tunggal 310mm dengan kaliper tunggal 2-piston di depan, dan cakera tunggal 220mm 2-piston, belakang.

GALERI
modenas-ninja-250-21
modenas-ninja-250-12
modenas-ninja-250-6
modenas-ninja-250-5
modenas-ninja-250-8
modenas-ninja-250-19
modenas-ninja-250-18
modenas-ninja-250-27
modenas-ninja-250-7
modenas-ninja-250-15
modenas-ninja-250-25
modenas-ninja-250-10
modenas-ninja-250-9
modenas-ninja-250-2
modenas-ninja-250-13
modenas-ninja-250-20
modenas-ninja-250-28
modenas-ninja-250-16
modenas-ninja-250-23
modenas-ninja-250-1
modenas-ninja-250-4
modenas-ninja-250-26
modenas-ninja-250-14
modenas-ninja-250-22
modenas-ninja-250-3
modenas-ninja-250-29
modenas-ninja-250-11
modenas-ninja-250-17
modenas-ninja-250-24

Related

66.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Modenas, Modenas Ninja 250 ABS (2020), roda2, sportbike, Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev