• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zarco: Aku Tak Sama Macam Lorenzo, Aku Tak Kejar Duit

Zarco: Aku Tak Sama Macam Lorenzo, Aku Tak Kejar Duit

February 18, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN memegang status juara Moto2 selama dua tahun berturut-turut (2015, 2016), dan mengharungi musim terbaik dalam kelas MotoGP bersama Yamaha Tech3, sebelum memilih berhijrah ke KTM, tetapi apa dirancang tidak selancar diimpikan Johann Zarco.

Kontrak pelumba Perancis itu ditamatkan pertengahan musim lalu, tetapi beliau kembali semula memanaskan trek dalam tiga pusingan akhir dengan pasukan LCR Honda. Namun akhirnya memilih menyertai pasukan satelit, Reale Avintia Ducati.

Kini segalanya seakan berjalan lancar walaupun ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang, minggu lalu tidaklah begitu memberangsangkan apabila sekadar berada di kedudukan ke-15, di belakang rakan pasukan pengilang, Andrea Dovizioso.

BACA >>> Abang Johann Pilih Ducati!

Ducati percayakan teman. Teman syiok le dan fiil dengan deme pun dah makin baik. Sekarang teman tau motor ni boleh menang. Teman masih kena belajar dan dah ada idea yang clear.

"Teman yakin dengan Ducati dan apa yang teman ada le ni dah cukup. Kalau teman pergi laju sangat, karang Ducati pikio teman nak benda lain pulak, tapi deme pasti akan tunaikan sebab teman tau Ducati memang kautim dengan pasukan satelit."

Zarco juga ditanya, adakah keputusan KTM Factory di Sepang membuatkan Zarco menyesal dengan pilihan sekarang? Jawabnya, tidak. Ini kerana beliau sudah pun berikan yang terbaik kepada pasukan pengilang itu, tetapi menghadapi bermacam-macam masalah. Jadi pilihan yang ada cuma keluar dan terus pandang ke depan.

BACA >>> KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat

Apabila ditanya mengenai prestasi ditunjukkan rookie terbaik 2019, Fabio Quartararo yang menggantikan pelananya bersama pasukan satelit Yamaha,  Zarco mengakui kehebatan pelumba muda itu  yang lebih baik berbanding dirinya.

"Dia datang tepat masanya sebab Rossi mungkin bersara. Kalau teman buat macam dia, mungkin sekarang dah sama handal. Akan ada keputusan berbeza, tapi hidup ni seghope tu le," katanya.

Tentang pengalaman menunggang Honda RC213-V bersama pasukan LCR Honda yang gagal direalisasikan pula, Zarco menjawab;

Mungkin perkara baik tu maghi dari sesuatu yang buruk sebab Ducati buka pintu. Hal ni luar kawalan. Teman tak sior nak melabun, cakap 'No' ke KTM macam (Jorge) Lorenzo cakap 'No' ke Honda.

"Teman tak kejor duit macam Lorenzo. Teman kena buat loan nak beli ghumah, dan kena bayor cukai ke Perancis lagi. Teman ada banyak je alasan nak terus kejor duit, tapi teman bukan orang seghope tu. Lainlah dia (Lorenzo) tinggal kat negara tak payah bayor cukai, atau mungkin dia bayor kurang."

Persoalannya sekarang, apa ke hei Zarco petik mamat Lorenzo? Adakah beliau pernah tersakiti?

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

SUMBER: GPOne

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Ducati, Ducati Avintia, Fabio Quartararo, Johann Zarco, Jorge Lorenzo, MotoGP, Reale Avintia Ducati, roda2

Comments

  1. Jan says

    February 19, 2020 at 12:24 PM

    Kenapa artikel Pandulaju tiba tiba ada loghat negeri ? haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev