PT SUZUKI Indomobil Sales (SIS) baru saja membuat pelancaran global untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Suzuki XL7 dengan slogan 'The New Extraordinary SUV' (SUV Luar Biasa Baharu).
Presiden SIS, Seiji Itayama berkata, tahun ini Suzuki di Indonesia memasuki usia ke-50 tahun.
"Bertepatan detik ini, kami mahu berikan sesuatu yang istimewa iaitu pelancaran global Suzuki XL7 yang juga akan dieskport ke 30 negara," katanya.
XL7 hadir menampilkan rekabentuk maskulin dengan konfigurasi 7 kerusi yang luas untuk keselesaan penumpang. Penampilan luaran diserlahkan menerusi bar gril krom yang diapit lampu depan LED berserta lampu siang (DRL). Juga ada rel bumbung untuk penampilan sporty.
BACA >>> Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia
Kabin kemasan hitam memberikan aura elegan yang disempurnakan unit infotainment skrin sentuh 8 inci, papan pemuka dengan kemasan gentian karbon, pemegang cawan ventilasi dan paparan multi-info (MID) moden. Suzuki turut menawarkan perehat lengan untuk penumpang belakang.
XL7 dijana enjin 1.5L berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 138Nm @ 4,400rpm dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Ada tiga varian ditawarkan: Alpha, Beta dan Zeta.
Bagi keselesaan pemanduan, XL7 dilengkapkan ciri canggih seperti cermin pandang belakang pintar, smart e-mirror yang berfungsi membuat rakaman video dari depan dan belakang serentak.
Antara ciri lain ialah punat mula-henti (start-stop) tanpa kunci, penyaman udara digital dengan fungsi pemanas dan ventilator tempat duduk baris ketiga. SUV ini turut diberikan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, Kawalan Pegun Bukit (HHC), Program Stabiliti Elektronik (ESP), sensor parkir, kamera belakang, dan sistem anti-kecurian imobiliser.
BACA >>> Suzuki Indonesia Perkenal Permainan AR di Instagram
Dibina atas platform HEARTECT, berat kenderaan XL7 lebih ringan dan pada masa sama kekal kuat dengan prestasi pengendalian dan kecekapan bahan api ditambah baik. Ada enam warna boleh dipilih. Berikut ialah harga jualan XL7 mengikut varian:
- XL7 Meta (Manual) - Rp230,000,000 (RM69,750)
- XL7 Zeta (Auto) - Rp240,500,000 (RM72,940)
- XL7 Beta (Manual) - Rp246,500,000 (RM74, 760)
- XL7 Beta (Auto) - Rp257,000,000 (RM77,940)
- XL7 Alpha (Manual) - Rp256,500,000 (RM77,790)
- XL7 Alpha (Auto) Rp267,000,000 (RM80,970)
GALERI
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply