KEHADIRAN Kawasaki Ninja ZX-25R secara rasmi masih belum diketahui, tetapi satu persatu maklumat mengenai sportbike suku liter dengan enjin 4-silinder itu didedahkan, bermula deruman ekzos, pemasangan mufler di Indonesia hingga gambarajah ram udara.
Terbaharu, blogger Indonesia, IwanBanaran mendedahkan foto enjin 4-silinder sebaris milik ZX-25R yang dikirimkan pembacanya. Tidak dapat dipastikan sama ada foto enjin itu dirakam dalam majlis khas atau sebaliknya.
BACA >>> Kawasaki ZX-25R Akan Muncul di Indonesia 4 April Nanti?
Struktur enjin 4-silinder ZX-25R nampak padat dari pandangan depan, manakala kanan enjin kelihatan indikator minyak. Kawasaki memang setia dengan rekaan tingkap bulat lutsinar pada varian Ninja sebagai komponen pemantauan minyak.
Juga kelihatan unit penapis minyak di depan yang sedikit condong ke kiri. Memandangkan ini enjin baharu, ramai peminat Kawasaki tertanya-tenya dengan prestasi sebenar model tersebut. Bunyi deruman ekzos saja sudah cukup menggiurkan, manakala kelajuan maksimum disahkan lebih berkuasa berbanding enjin 2-silinder kerana memiliki keluk rpm lebih tinggi.
BACA >>> Kawasaki ZX-25R Sudah Masuk Kilang?
Jan says
sampai ke hari ini, spek teknikal masih lagi belum didedahkan. harapnya spek tidak mengecewakan.