SYARIKAT tuner baharu dari Vietnam, Exclusive Auto Club (EAC) menggunakan khidmat kira-kira 30 artis untuk mengubah suai Mercedes-Benz E 300 AMG menjadi 'emas bergerak'.
Dijenamakan semula sebagai Ambassador EX300, banyak komponen model Jerman ini disalut emas tulen, manakala ruang kabin dihiasi ratusan butir berlian. Ini ialah produk sentuhan pertama EAC yang mana projek ini mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan sepenuhnya.
BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China
Secara keseluruhan, warna hitam asal sedan ini dikekalkan, dan semua bahagian logam disadurkan emas tulen. Penampilan visual paling ketara ialah rim dan gril depan.
EAC menggunakan teknik pemprosesan tradisional secara manual dan juga kejuruteraan mekanikal CNC (kawalan berangka terkomputer) untuk menghasilkan komponen kustom.
BACA >>> Polis Dubai Tambah Mercedes-AMG GT 63 S Sebagai Kereta Peronda
Bonet kereta dipasangkan miniatur Mercury, iaitu dewa dagangan dalam kepercayaan masyarakat Rom kuno yang dihasilkan melalui proses CNC membabitkan emas tulen 17.5K (karat).
Kedua-dua sisi kereta ini tertera logo bentuk sayap bersalut emas 24K dengan paparan teks EAC - Bespoke Edition. Rim asal 19 inci AMG pula dinaik taraf kepada saiz 20 inci, juga buatan AMG Jerman dan semua disadur emas 24K. Saduran emas juga dibuat pada komponen lain seperti perumah cermin sisi, muncung ekzos, gril dan bampar depan.
Logo bucu bintang tiga ditukar kepada EAC bersalut emas (24K) dan bertatah berlian (50K). Spoiler belakang menggunakan material gentian karbon.
BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China
Ruang kabin juga dihiasai emas dan puluhan berlian daripada pembuka pintu, jam, pedal brek dan minyak hingga ventilator penyaman udara. Semuanya serba mewah dan premium. Bagi menghasilkan rekaan kabin sedan kustom, EAC sebenarnya bekerjasama dengan pakar dari Jerman, England, Poland, Hungary, Bangladesh dan Estonia.
Ambassador EX300 ini jarang dapat dilihat di jalan raya Vietnam, dan pernah muncul pada Pameran Motor Vietnam 2019. Menurut pemiliknya, E300 AMG ini dibeli pada harga 3 bilion dong (RM534,300), manakala kos naik taraf mencecah harga kira-kira 6 bilion dong (RM1.1 juta). Wow!
GALERI
SUMBER: News.Zing
Leave a Reply