• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda3 Skyactiv-G 2.0 Kini dengan Ciri AWD untuk Pembeli Jepun

Mazda3 Skyactiv-G 2.0 Kini dengan Ciri AWD untuk Pembeli Jepun

February 18, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKNOLOGI cengkaman tayar pada kereta moden hari ini banyak bergantung kepada sistem elektronik. Konsepnya, bahagian tayar yang berpusing lebih laju berbanding tayar lain akan dibantu sistem elektronik untuk mengepam brek bagi mengurangkan halaju dan gelinciran tayar.

Bagaimanapun, teknologi konvensional seperti pacuan semua roda (AWD) tetap ada keistimewaan tersendiri. Dalam situasi pemanduan tertentu, pemandu yang sensitif akan dapat merasai tayar depan dan bergerak secara serentak dan harmoni.

Di Jepun, teknologi empat roda pada kenderaan bukan ciri asing. Malah, segmen kecil seperti kereta mini (kei-car) juga dilengkapkan ciri AWD. Tidak hairan ramai peminat model pasaran domestik Jepun (JDM) memilih mengubah suai Perodua Kancil mereka dengan memasangkan gandar pacuan 4WD daripada Daihatsu Mira.

BACA >>> Inilah 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Mazda3 (2019) - Harga Bermula RM139k

MAZDA3 SKYACTIV-G2.0 AWD.01
MAZDA3 SKYACTIV-G2.0 AWD.03
MAZDA3 SKYACTIV-G2.0 AWD.04

Terbaharu Mazda Motor Corporation memperkenalkan Mazda3 Skyactiv-G2.0 AWD yang dilengkapi sistem pacuan semua roda i-ACTIV AWD untuk versi petrol sedan dan hatchback.

Sejak dilancarkan Mei tahun lalu, ramai pelanggan Jepun mengharapkan  ciri AWD untuk Mazda3 Skyactiv-G 2.0 kerana mahukan fiil pecutan dan kelajuan tinggi. Mazda memahami dan mengambil maklum input tersebut, dan kini semua varian petrol dan diesel Mazda3 ditawarkan dalam opsyen AWD.

BAGAIMANAKAH SISTEM i-ACTIV AWD BERFUNGSI

  • Situasi pemanduan dikesan secara masa nyata (real time) berdasarkan maklumat daripada pergerakan tayar dan sensor G, perubahan kondisi permukaan jalan raya dan perubahan bebanan tayar.
  • Sistem secara automatik akan membahagikan daya kilasan (tork) pada roda depan dan belakang secara optimum, bergantung situasi diperlukan.
  • Hasilnya, tork dibahagikan sewajarnya untuk mengekstrak kuasa keempat-empat roda secara efisien walaupun dalam pelbagai kondisi jalan, sama ada licin (seperti hujan dan salji) atau kering, sekali gus menjadikan pemanduan lebih stabil dan lancar.
  • Dipadukan bersama teknologi Kawalan Pemvektoran-G (G-Vectoring Control, GVC) untuk prestasi di selekoh yang lebih neutral.

Pemanduan kereta 2WD/FWD tidak sama walaupun sarat dengan teknologi kerana pacuan AWD mempunyai sensasi tersendiri. Mazda menyedari daya tarikan sebenar sesebuah kereta adalah pemanduan, jadi hubungan antara kereta dan pemandu perlu diwujudkan.

Mazda3 Skyactiv-G 2.0 AWD Jepun dijual pada harga bermula 2,752,241 yen (RM103,85o) untuk model hatchback dan sedan.

BACA >>> MX-30 - Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8

Related

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, AWD, i-ACTIV AWD, mazda, Mazda Jepun, Mazda Motor Corporation, mazda3, MAZDA3 SKYACTIV-G2.0 AWD, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev