SETIAP orang ada selera berbeza. Ada yang rasa spec standard kilang sudah cukup dan ada mahu lebih kuasa. Kemunculan skuter advencer Honda ADV 150 menarik perhatian ramai dan kini sudah ada bermacam-macam versi kustom enjin atau kosmetik walaupun baru saja di pasaran.
Terbaharu di Indonesia, bengkel AJM Dyno Tuning memperkenalkan ADV 150 yang dipertingkatkan kuasa dengan menggunakan kit bore-up. Spesifikasi standard ADV 150 atas mesin dyno ialah 19.1hp dan tork dyno 136lb.ft (184Nm).
Apa itu bore-up? Ini ialah istilah yang merujuk kepada proses menaikkan diameter piston standard kepada lebih besar. Contohnya diameter atau gerek (bore) 51mm dinaikkan kepada 53mm. Modifikasi ini biasa dilakukan mekanik jentera lumba.
Dengan menggunakan kit bore-up 180cc, kuasa dapat ditingkatkan hingga 72 peratus yang melibatkan perubahan komponen seperti silinder BRT, piston seramik tempa (ceramic forged) dengan ukuran gerek (bore) 63mm, aci sesondol (camshaft) T1 dan ECU Juken 5, manakala bahagian kepala silinder, injap, spring injap, injektor, dan sistem penyejukan masih standard.
Selepas semua komponen dipasang, minyak Repsol sintetik penuh digunakan sebelum proses talaan halus (fine tuning) bermula atas mesin dyno. Awal ujian, skuter itu diuji setakat 6,000rpm ketika AFR (nisbah petrol:udara) masih 16:1. Kuasa maksimum sudah melonjak kepada 13.7hp dan tork dyno 192.9lb.ft (262Nm). Lihat foto atas.
Ya, tidak boleh terus pulas habis terotel secara plug and play kerana ia perlu dilaraskan berperingkat. Ingat, tork dyno on-wheel adalah berbeza daripada tork on-crank (yang biasanya ditulis dalam brosur) dengan angka lebih kecil.
BACA >>> Giliran Thailand Pula Lancar Honda ADV 150, Harga RM13.5k
Selepas 12 kali tetapan dilakukan, akhirnya fine tuning dicapai pada angka AFR hingga 14:1. Kemudian, barulah proses bukaan terotel lebih besar dibuat hingga 8,000rpm yang menghasilkan angka kuasa 15.7hp dan tork dyno 203.9lb.ft (275Nm). Lihat foto atas.
Pakej bore-up 180/183cc ini dijual pada harga Rp5 juta (RM1,511), termasuk fine tuning dan ujian dyno.
BACA >>> Ujian Dyno dan Trek untuk Prototaip Ekzos: Ninja 250 (2018) vs CBR 250RR
Honda ADV boreup 180 cc dengan Kit BRT dan fine tuning tenaga bisa naik 72% pic.twitter.com/Vzu1mYy7sn
— tmcblog (@motoupdate) February 13, 2020
SUMBER: TMCblog
nomane says
adv150 bore up 180cc torque 275nm!!!!
civic FK8R vtec turbo 400nm
camry 2.5 214hp 221nm
civic 1.5 turbo 173hp 220nm
no name says
s1000rr 206ps 110nm