• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely, Volvo Rancang Tubuh Kumpulan Automotif Global

Geely, Volvo Rancang Tubuh Kumpulan Automotif Global

February 16, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

790
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ZHEEJIANG Geely Holding Group (Geely) dan Volvo Cars merancang menggabungkan perniagaan masing-masing untuk mewujudkan satu kumpulan global yang kuat dalam usaha mengukuhkan sinergi kewangan dan teknologi kedua-dua pengeluar itu.

Menurut Volvo,  penggabungan itu akan mewujudkan skala, pengetahuan dan sumber untuk menjadi peneraju dalam transformasi industri automotif. Pada masa sama, ia masih mengekalkan identiti setiap jenama seperti Volvo, Geely, Lynk & Co, Polestar, LEVC, Lotus dan Proton.

BACA >>> Geely Jual Lebih 2.1 Juta Unit, Proton Sumbang 100k Jualan Sepanjang 2019

geely-subsidiari
Industrialis, Li Shufu ialah individu penting di sebalik pemilikan Volvo.
Industrialis, Li Shufu ialah individu penting di sebalik pemilikan Volvo.

Kedua-dua pengeluar juga akan mendapat manfaat kewangan daripada akses pasaran modal antarabangsa menerusi Hong Kong dan Stockholm. Pengerusi Geely Li Shufu berkata, gabungan dua syarikat itu akan menghasilkan kumpulan global yang kuat.

"Kami harap dapat bekerjasama dengan Presiden dan CEO Volvo Cars, Hakan Samuelsson untuk menyiasat peluang ini dengan matlamat menguatkan singergi dalam Kumpulan, dan pada masa sama mengekalkan kelebihan kompetitif dan intergriti setiap jenama individi," katanya.

Sebarang transaksi melibatkan dua entiti itu perlu mematuhi peraturan pengurusan bawah Senarai Sekuriti di Bursa Saham Hong Kong Limited, dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui bersama, kelulusan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Geely dan Volvo Cars, kelulusan kawal selia dan juga keadaan pasaran semasa.

Buat masa ini, tiada sebarang pelan terperinci dan jadual konkrit mengenai transaksi diusulkan itu. Disebabkan perbincangan masih dalam fasa awal, penggabungan dua jenama besar itu kemungkinan tidak akan berlaku.

BACA >>> Volvo Catat Sejarah Kali Pertama Lepasi Angka Jualan 700k Unit Setahun

geely-subsidiari
Industrialis, Li Shufu ialah individu penting di sebalik pemilikan Volvo.
Industrialis, Li Shufu ialah individu penting di sebalik pemilikan Volvo.
Geely:volvo

SUMBER: Carscoops

 

Related

790
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bursa Saham Hong Kong Limited, Geely, Hakan Samuelsson, Li Shufu, Lynk & Co, Polestar, Volvo Cars, ZHEEJIANG Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev