LEBUHRAYA Lingkaran Luar Butterworth (BORR) sudah kerap kali dijadikan 'port' lumba haram segelintir mat rempit di Pulau Pinang, sekali gus menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi operasi paling kerap diserbu polis.
Namun, ramai masih berdegil untuk berterusan melakukan kegiatan tersebut yang bukan saja mengancam nyawa sendiri, tetapi juga keselamatan pengguna jalan raya lain. Terbaharu, polis menahan 16 individu atas pelbagai kesalahan termasuk dadah dalam operasi membanteras samseng jalanan di lokasi sama, kelmarin.
BACA >>> Kerajaan Akan Saman Motor yang Buat Bunyi Bising!
Operasi tersebut turut disertai anggota Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menutup laluan kedua-dua arah di lebuh raya terbabit dan seramai 501 individu diperiksa. Hasil pemeriksaan, 468 saman dikeluarkan membabitkan:
- 370 saman polis
- 78 saman JPJ
- 20 saman JAS
Menurutnya, 11 penunggang ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, empat lagi di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan seorang disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.
Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya, serta tidak menjadikan BORR sebagai litar lumba haram.
BACA >>> JPJ Sita 10 Motosikal, Tiada Lesen Memandu dan Cukai Jalan Tamat Tempoh Paling Banyak Disaman
SUMBER: HMetro
Leave a Reply