• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Rempit BORR Kena Cekup Lagi

Mat Rempit BORR Kena Cekup Lagi

February 11, 2020 By MS Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBUHRAYA Lingkaran Luar Butterworth (BORR) sudah kerap kali dijadikan 'port' lumba haram segelintir mat rempit di Pulau Pinang, sekali gus menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi operasi paling kerap diserbu polis.

Namun, ramai masih berdegil untuk berterusan melakukan kegiatan tersebut yang bukan saja mengancam nyawa sendiri, tetapi juga keselamatan pengguna jalan raya lain. Terbaharu, polis menahan 16 individu atas pelbagai kesalahan termasuk dadah dalam operasi membanteras samseng jalanan di lokasi sama, kelmarin.

BACA >>> Kerajaan Akan Saman Motor yang Buat Bunyi Bising!

Mat Rempit BORR (1)
Mat Rempit BORR (1)
Mat Rempit BORR (2)

Operasi tersebut turut disertai anggota Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menutup laluan kedua-dua arah di lebuh raya terbabit dan seramai 501 individu diperiksa.  Hasil pemeriksaan, 468 saman dikeluarkan membabitkan:

  • 370 saman polis
  • 78 saman JPJ
  • 20 saman JAS
borr-1
borr-2

Menurutnya, 11 penunggang ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, empat lagi di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan seorang disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya, serta tidak menjadikan BORR sebagai litar lumba haram.

BACA >>> JPJ Sita 10 Motosikal, Tiada Lesen Memandu dan Cukai Jalan Tamat Tempoh Paling Banyak Disaman

SUMBER: HMetro

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK), Auto Terkini, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Noorzainy Mohd Noor, Polis Penang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my