• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta TheArsenale X MV Agusta Dragster 800 RR - Model Edisi Terhad Laman Web

MV Agusta TheArsenale X MV Agusta Dragster 800 RR - Model Edisi Terhad Laman Web

February 11, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV AGUSTA memperkenalkan model edisi terhad untuk portal TheArsenale, dipanggil TheArsenale X MV Agusta Dragster 800 RR.

Berpangkalan di Hong Kong, TheArsenale mempunyai bilik pameran di Macau, Miami dan Paris, yang menjual pelbagai produk untuk pembina (builder) bebas dan industri mikro, terdiri daripada barangan mewah dan kenderaan kustom.

BACA >>> MV Agusta Rancang Hidupkan Semula Jenama Cagiva Tahun Depan

Antara produk dijual TheArsenale ialah jam tangan, buku, papan selaju (skateboard), basikal, motosikal, kereta, dron, bot, kapal terbang, kapal selam, dan memorabilia hingga barangan hasil seni berstatus premium mewah.

MV Agusta menggunakan Dragster 800 RR sebagai model asas untuk menghasilkan varian istimewa TheArsenale. Semua aspek teknikal dan mekanikal asal dikekalkan tanpa sebarang naik taraf. Pembaharuan cuma melibatkan seragam baharu.

BACA >>> 300 Unit MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Edisi Terhad Habis Dijual!

MV Agusta menumpukan kepada hiasan bahagian tertentu seperti seragam jingga hitam untuk menguatkan identiti TheArsenale selain menjadikan model tersebut lebih agresif. Bagaimanapun, harga tidak dipaparkan.

TheArsenale X MV Agusta Dragster 800 RR menggunakan enjin 3-silinder sebaris 798cc berkuasa 140hp, manakala kelajuan maksimum 244kmj.

BACA >>> MV Agusta F3 800 Unicef Italia - Model Edisi Khas untuk Kutip Dana Kanak-Kanak, RM467k

GALERI
MV-Agusta-Dragster-800RR-x-TheArsenale
MV-Agusta-Dragster-800RR-x-TheArsenale 4
MV-Agusta-Dragster-800RR-x-TheArsenale 5
MV-Agusta-Dragster-800RR-x-TheArsenale 3
MV-Agusta-Dragster-800RR-x-TheArsenale 2
MV-Agusta-Dragster-800RR-x-TheArsenale 1

SUMBER: UltimateMotorcycling | TheArsenale

Related

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Model Edisi Terhad, MV Agusta, naked bike, roda2, superbike, TheArsenale, TheArsenale x MV Agusta Dragster 800 RR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev