ART of Speed 2016 melabuhkan tirai dengan meriah dan awesome apabila menerima lebih 30,000 pengunjung yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), hujung minggu lalu.
Acara dua hari yang menampilkan pelbagai kenderaan klasik dan kustom menarik turut dihadiri pengunjung dari USA, Jepun, Australia, Taiwan, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Selain menyediakan pelbagai aktiviti, pengunjung Art of Speed 2016 edisi ke-5 itu juga berpeluang bertemu legenda antarabangsa dalam dunia modifikasi yang dibawa khas dari Jepun.
Lebih menarik, legenda sukan papan selaju, Steve Caballero juga membuat kemunculan buat pertama kali ke Malaysia.
BACA>>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke AOS2016 – ‘Cara Kita Luar Biasa’
Untuk aktiviti luaran, ia dimeriahkan lagi dengan sesi demonstrasi oleh atlet profesional papan selaju, aksi stunt motosikal berkuasa tinggi bersama Aaron Twite dari USA dan lagenda sukan drift negara Tengku Djan Ley akan mengadakan sesi “Taxi Ride” bersama pengunjung bertuah.
Bagi hadiah cabutan bertuah pula, Wan Muhammad Afiq Wan Mamat, 20, dari Kelantan berjaya membawa pulang motosikal Triumph Bonneville Street Twin 2016, tajaan Fast Bikes Sdn Bhd.
Syabas Art of Speed 2016 dan Pandulaju berharap akan ada lebih banyak lagi kejutan pada acara akan datang.
Bagi anda yang tidak berkesempatan ke Art of Speed 2016, jangan khuatir. Kami sajikan kepada anda pelbagai gambar menarik sepanjang berlangsungnya acara itu.
Begitu juga dengan senarai pemenang Show & Shine Art of Speed 2016 - Cara Kita Luar Biasa.
BACA>>> PAINTHEAD ASIA Bakal Meriahkan Art of Speed Malaysia 2016!
Best of Show Motorcycle
Pemenang : Beautiful Machines (Malaysia)
Kenderaan : 1993, Harley-Davidson Heritage Softail
Best of Show Automobile
Tiada pemenang tahun ini.
MOONEYES Pick
Asep & Deni, penganjur Art of Speed Malaysia
Jason Webber’s Pick
Pemenang : Gimme Shelter Service Chop (Malaysia)
Kenderaan: 1966, Harley-Davidson Shovelhead
Jeff Leighton’s Pick
Pemenang : Gimme Shelter Service Chop (Malaysia)
Kenderaan: 1998, Harley-Davidson Evo Chopper
Cherry’s Company’s Pick
Pemenang : Lanun Johor (Malaysia)
Kenderaan: 2015, Moto Guzzi V7
Hammer Scycle’s Pick
Pemenang : Strokers (Malaysia)
Kenderaan: 1941, Matchless G3L
Hi-Technix’s Pick
Pemenang : Rahul Mayer (Malaysia)
Kenderaan: 1979, Pontiac Firebird Trans Am
Kategori Kereta
1. Best of 60’s – Hadi Murba (Malaysia)
2. Best of 70’s – Mazda Enthusiast (Malaysia)
3. Best of 80’s – Ahmad Hafiz Bimmer Utara (Malaysia)
4. Best of JDM Pre-1992 – Chan Chee Kion (Malaysia)
5. Best of JDM Post 1992 – Kenichi Kong (Malaysia)
6. Best of Custom Retro Pick-Up – GGE Garage (Malaysia)
7. Best of Radikal (Classic & Modern) – GAF Speedshop (Malaysia)
8. Best of Custom VW Aircooled – Hafizuddin Sulaiman (Malaysia)
9. Best of Custom & Restored VW Van (Highlight) – Kelab VW Negeri Terengganu (Malaysia)
10. Best of K-Car – Md. Fadhli Zil Iqram (Malaysia)
11. Best of USA – Rahul Mayer
12. Best of Custom Continental – Arte Grande (Malaysia)
13. Best of Rat Look – Mohd Firdaus (Singapura)
14. Best of Stance – Azizi (Malaysia)
Kategori Motosikal
1. Best of Open Class – Fatboy Design (Thailand)
2. Best of Chopper – Beard Brothers Cycle Co. (Singapura)
3. Best of Bobber – Jeme No Die Cycle (Malaysia)
4. Best of Café Racer – Rotten Motocycles (Malaysia)
5. Best of Modified Harley-Davidson inc. Sportster, Softail & Pro Street – Vicious Cycles Singapore
6. Best of Custom Bagger (Highlight) – Kepala Kuasa MG (Malaysia)
7. Best of Jap Style & Tracker – Rotten Motocycles (Malaysia)
8. Best of Restored Classic Scooter – Razlan Isman (Malaysia)
9. Best of Streetcub – Sai Long (Malaysia)
10. Best of Radical Ruckus – Shawn Seelan (Malaysia)
11. Best of Restored Retro Japanese – Retromania (Malaysia)
12. Best of Restored Classic Continental & American – Rotten Motocycles (Malaysia)
13. Best of Custom Street Bike – Kenstomoto (Malaysia)
Kategori Basikal Lowrider
1. 12”, 16” & 20” wheel lowrider – Mooks Roda Radikal (Malaysia)
2. 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Izzat Double Dice Crew (Malaysia)
Leave a Reply