• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke AOS2016 - 'Cara Kita Luar Biasa'

9 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke AOS2016 - 'Cara Kita Luar Biasa'

May 17, 2016 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

AOS2016ART Of Speed 2016 (AOS2016) kembali lagi dengan menjanjikan pelbagai aktiviti menarik selain hadir dengan pelbagai pembaharuan berbanding versi-versi terdahulu.

Memasuki penganjuran tahun ke-5, AOS2016 turut menyediakan pelbagai kelainan untuk tatapan pengunjung. Dalam erti lain, anda pasti akan berpuas hati dan teruja sekiranya datang ke Art Of Speed 2016.

Bagi mereka yang masih berfikir, ini adalah sembilan sebab kenapa anda perlu hadir ke Art Of Speed 2016;

1.) KERETA & MOTOSIKAL KLASIK

Kami yakin, anda pasti akan teruja dengan barisan kereta dan motosikal klasik yang bakal dipamerkan di Art Of Speed 2016. Ini kerana ia jarang sekali dapat dilihat atas jalan raya dan mungkin ini adalah kali pertama anda melihatnya.

AOS2016_Pandulajudotcomdotmy (2)2.) BERTEMU LEGENDA SUKAN PERMOTORAN & SUKAN

Anda bakal berpeluang bertemu legenda antarabangsa dalam dunia modifikasi yang dibawa khas dari Jepun. Selain itu, legenda sukan papan selaju, Steve Caballero juga akan hadir buat pertama kali ke Malaysia.

3.) LEBIH 200 KENDERAAN BAKAL DIPAMERKAN

Dianggarkan lebih daripada 200 unit kereta & motosikal modifikasi dari dalam dan luar negara bakal membuat persembahan. Ia merangkumi kenderaan klasik dan juga generasi baru bernilai jutaan ringgit termasuk dua buah Harley-Davidson ubahsuai dan sebuah kereta “Hopping Lowrider” model Chevrolet Malibu yang dibawa khas dari Jepun.

4.) AKTIVITI SANTAI

Bagi pengumpul jenama Hot Wheels & Vans, anda patut hadir kerana pelbagai aktiviti menarik akan disediakan. Selain itu, lebih 300 jenama lain turut serta menjual pelbagai produk tempatan & antarabangsa.

5.) DEMO SUKAN LASAK

Sesi demonstrasi oleh atlet profesional papan selaju, aksi stunt motosikal berkuasa tinggi bersama Aaron Twite dari USA dan lagenda sukan drift negara Tengku Djan Ley akan mengadakan sesi “Taxi Ride” bersama pengunjung bertuah.

AOS2016_Pandulajudotcomdotmy (5)6.) GALERI SENI ANTARABANGSA

Galeri seni “MotoCircus” yang mengetengahkan artis-artis dalam dan luar negara bakal menawarkan khidmat “pinstriping” dan “lettering” kepada peminat.

7.) CABUTAN BERTUAH

Mana tahu, anda adalah salah seorang pemenang bertuah. AOS2016 menyediakan Triumph Bonneville Street Twin 2016, tajaan Fast Bikes Sdn Bhd buat pengunjung bertuah.

AOS2016_Pandulajudotcomdotmy (4)8.) PERTUNJUKKAN PAINTHEAD ASIA

Satu pertunjukan seni dari sekumpulan artis serantau PAINTHEAD ASIA bakal berkongsi platform untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka.

Pameran seni yang pertama seumpamanya diadakan di Asia ini menampilkan artis antarabangsa dan tempatan yang bakal menunjukkan seni topi keledar yang ditaja sepenuhnya oleh Bettle Helmet dari Jepun.

BACA>>> PAINTHEAD ASIA Bakal Meriahkan Art of Speed Malaysia 2016!

AOS2016_Pandulajudotcomdotmy (1)9.) TOPI KELEDAR EDISI TERHAD

Topi keledar berinspirasi vintaj dalam dua skim warna hasil kerjasama bersama Hot Wheels akan dijual di AOS2016. Ingat, ia adalah terhad.

Apa tunggu lagi, pastikan anda hadir ke AOS2016 yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Mei 2016 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AOS2016, Art Of Speed 2016, Cara Kita Luar Biasa, kereta klasik, kustom, MAEPS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my