• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Repsol Honda Perkenal Pasukan, Seragam Baharu MotoGP 2020 di Indonesia

Repsol Honda Perkenal Pasukan, Seragam Baharu MotoGP 2020 di Indonesia

February 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI beberapa tahun lalu, Repsol Honda sekali lagi memilih Jakarta, Indonesia sebagai destinasi memperkenalkan pelumba dan seragam baharu pasukan itu sempena aksi Kejuaraan Dunia MotoGP 2020.

Kenapa Indonesia? Semestinya kerana negara jiran itu memiliki pasaran besar dan ditambah jualan motosikal Honda yang cukup kencang di sana.

Juaran bertahan, Marc Marquez menyatakan kegembiraannya dapat sekali lagi datang ke Indonesia untuk memperkenalkan pasukan MotoGP Honda 2020. Menurutnya, pendekatan tahun ini sama seperti sebelumnya iaitu memberikan fokus penuh pada perlumbaan dan bekerjasama dengan pasukan dan krew Repsol Honda untuk mencapai misi terbaik.

"Bersama HRC dan Repsol kami dah capai hal-hal luar biasa, meneruskan kejayaan ini adalah sumber motivasi besar buat aku, dan sekarang aku sangat bersemangat untuk mulakan musim baru dan bersaing lagi dengan RC213V," katanya.

Marquez musim ini pastinya mahu menambah baik kelemahan musim 2019 dan memberikan hasil terbaik kepada pasukan. Sementara itu, rakan sepasukan, Alex Marquez, yang juga adiknya sendiri, masih perlu beradaptasi dengan RC213V. Setakat ini, prestasi ditunjukkan Alex semakin baik sejak ujian pramusim pertama di Valencia hingga ke Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia.

BACA >>> Marc Marquez Setuju Lanjut Kontrak 2 Tahun dengan Repsol Honda Team Hingga 2020

Alex berkata;

"Memang satu keistimewaan dapat jadi sebahagian keluarga Repsol Honda. Kali pertama saya masuk garaj, sudah ada perasaan spesial, bekerja dengan pasukan buat kali pertama dan sekarang dapat jumpa dunia pada majlis pelancaran.

"Saya benar-benar rasa macam sebahagian pasukan. Masih banyak yang perlu saya belajar dan capai pada 2020, tapi saya cuba berikan terbaik, cuba perbaiki dan belajar setiap hari, serta dan berharap kami dapat lakukan musim terbaik langkah demi langkah."

Sementara itu, Pengurus Besar HRC, Alberto Puig berkata, kesan kejayaan Marc Marquez diharapkan dapat memberikan semangat kepada pelumba muda itu untuk terus memberi momen terbaik buat Honda.

"Musim 2020 kami ada pelumba baharu yang juga juara dunia dua kali, Moto2 dan Moto3, Alex Marquez. Dia dah bersama kami pada  2014 pada musim pertama kami dalam kelas Moto3, dan kami dapat jadi juara bersama."

BACA>>>Ujian Pramusim WSBK 2020: Honda CBR1000RR-R SP Paling Pantas

GALERI
Pasukan HRC (2020)_2
Pasukan HRC (2020)_6
Pasukan HRC (2020)_4
Pasukan HRC (2020)_5
Pasukan HRC (2020)_3
Pasukan HRC (2020)_9
Pasukan HRC (2020)_7
Pasukan HRC (2020)_10
Pasukan HRC (2020)_1
Pasukan HRC (2020)_8
Pasukan HRC (2020)_11
Pasukan HRC (2020)_12
Pasukan HRC (2020)_13

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Alberto Puig, Alex Marquez, Auto Terkini, Honda, Honda HRC, HRC, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2020, Pasukan Repsol Honda, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev