BAGAIKAN pisang goreng panas. Baru sebulan dilancarkan, sebanyak 6,200 unit Perodua Bezza (2020) sudah diserahkan kepada pemiliknya.
Paling laris ialah varian AV, manakala Garnet Red (merah) menjadi warna kesukaan ramai. Setakat ini, kami dimaklumkan Perodua yang Bezza sudah menerima tempahan sebanyak 20,000 unit. Wow!
Dilancarkan 8 Januari lalu, Bezza (2020) menerima beberapa kemas kini luaran dan dalaman, termasuk ditambah baik aspek keselamatan. Luaran menampilkan rekabentuk lampu depan LED lebih tipis dan tajam dengan padanan gril dan bampar baharu.
Rekabentuk lampu belakang masih sama, tetapi bampar belakang diberikan kemasan reflektor besar dengan ventilator udara palsu seperti Axia facelift dan Myvi, dan difuser lebih besar. Melengkapkan imej berkenaan ialah set rim aloi dwi-tona baharu.
Bezza (2020) ditawarkan dalam empat pilihan varian dan harga seperti berikut:
- Perodua Bezza 1.0 GX (MT) - RM34,580
- Perodua Bezza 1.0 GX (AT) - RM36,580
- Perodua Bezza 1.3 X (AT) - RM43,980
- Perodua Bezza 1.3 AV (AT) - RM49,980
BACA >>> Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?
SUDAH ADA A.S.A 2.0
Bezza (2020) juga dipakejkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 pada varian AV, sekali gus menjadikan model itu sebagai sedan segmen- A paling mampu milik yang dilengkapi ciri seumpama itu di Malaysia.
A.S.A 2.0 menawarkan pakej bantuan pemandu seperti:
- Pengesan Pejalan Kaki - hingga 50kmj
- Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) - hingga 100kmj
- Brek Pra-Pelanggaran (PCB) - hingga 80kmj
- Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
- Kawalan Kesilapan Pedal (PMC)
Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan besar pada trenkuasa Bezza (2020), masih mempertaruhkan enjin 1KR-VE 1.0L VVT-i (67hp, 91Nm) dan enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i (94hp, 121Nm) bersama pilihan kotak gear manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.
Syabas Perodua!
BACA >>> Baru 2 Minggu, Perodua Bezza (2020) Sudah Terima 15k Tempahan, 1.3L AV Paling Laku!
Leave a Reply