• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 6,200 Unit Perodua Bezza Diserahkan kepada Pelanggan, Warna Merah Paling Laku!

6,200 Unit Perodua Bezza Diserahkan kepada Pelanggan, Warna Merah Paling Laku!

February 5, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGAIKAN pisang goreng panas. Baru sebulan dilancarkan, sebanyak 6,200 unit Perodua Bezza (2020) sudah diserahkan kepada pemiliknya.

Paling laris ialah varian AV, manakala Garnet Red (merah) menjadi warna kesukaan ramai. Setakat ini, kami dimaklumkan Perodua yang Bezza sudah menerima tempahan sebanyak 20,000 unit. Wow!

Dilancarkan 8 Januari lalu, Bezza (2020) menerima beberapa kemas kini luaran dan dalaman, termasuk ditambah baik aspek keselamatan. Luaran menampilkan rekabentuk  lampu depan LED lebih tipis dan tajam dengan padanan gril dan bampar baharu.

Rekabentuk lampu belakang masih sama, tetapi bampar belakang diberikan kemasan reflektor besar dengan ventilator udara palsu seperti Axia facelift dan Myvi, dan difuser lebih besar. Melengkapkan imej berkenaan ialah set rim aloi dwi-tona baharu.

Bezza (2020) ditawarkan dalam empat pilihan varian dan harga seperti berikut:

  • Perodua Bezza 1.0 GX (MT) - RM34,580
  • Perodua Bezza 1.0 GX (AT) -  RM36,580
  • Perodua Bezza 1.3 X (AT) - RM43,980
  • Perodua Bezza 1.3 AV (AT) - RM49,980

BACA >>> Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?

SUDAH ADA A.S.A 2.0

Bezza (2020) juga dipakejkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 pada varian AV, sekali gus menjadikan model itu sebagai sedan segmen- A paling mampu milik yang dilengkapi ciri seumpama itu di Malaysia.

A.S.A 2.0  menawarkan pakej bantuan pemandu seperti:

  • Pengesan Pejalan Kaki - hingga 50kmj
  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) - hingga 100kmj
  • Brek Pra-Pelanggaran (PCB) - hingga 80kmj
  • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Kesilapan Pedal (PMC)

Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan besar pada trenkuasa Bezza (2020), masih mempertaruhkan enjin 1KR-VE 1.0L VVT-i (67hp, 91Nm) dan enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i (94hp, 121Nm) bersama pilihan kotak gear manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Syabas Perodua!

BACA >>> Baru 2 Minggu, Perodua Bezza (2020) Sudah Terima 15k Tempahan, 1.3L AV Paling Laku!

Artikel Berkaitan

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga perodua bezza 2020, Perodua Bezza (2020), perodua bezza merah, tempahan perodua bezza 2020, warna perodua bezza 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my