Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!
Sembang Deras

#SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!

AryonBy Aryon03/02/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA April tahun lalu, peminat motosikal tempatan dimaklumkan yang projek super moped Modenas tidak dapat diteruskan. Berita itu disahkan sendiri Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Antara sebab utama kenapa dihentikan adalah kos pelaburan yang sangat tinggi dan tidak berbaloi. Seperti kita tahu, jualan Modenas lebih banyak bertumpu kepada pasaran domestik, dan terpaksa pula berdepan dengan krisis kewangan dan kegawatan ekonomi.

BACA >>> Super Moped Modenas Sah Tidak Jadi Jual

Sudah tentu berita itu cukup menyedihkan hingga menyebabkan peminat setia kami, Ahmad Ahmad yang tidak jemu mengucapkan Modenas Modenas Modenas saban masa tetiba hilang dari radar. Adakah dia diculik kartel Austria?

Dengan khabar enjin super moped itu dibikin khas pasukan jurutera Modenas yang ‘berkampung’ hampir tiga tahun di Universiti Graz, Austria, siapa je yang tak teruja? Dikecohkan pula akan didatangkan dalam dua varian, 150cc dan 175cc. Pehhh…

harga moped modenas
moped 175cc Modenas
moped modenas
moped 175cc Modenas

Tak cukup lagi, muncul pula beberapa gambar spyshot yang menunjukkan prototaip kapcai itu sedang ditunggang uji di atas jalan raya Malaysia. Masing-masing dah mula berangan, dan tabung buluh di rumah pun tetiba bergegar.

Tup tup tup.. tak jadi…. Memang turrrrr….

HARAPAN MUNCUL SEMULA?

Moped Modenas
Moped Modenas
Harga Moped Modenas

Tiba-tiba Modenas (juga pada tahun dan bulan sama, April 2019) mengumumkan menjual sahamnya kepada Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) sebanyak 30 peratus. Ini cukup mengejutkan dan tidak keterlaluan kalau kita katakan ini pun boleh jadi punca kenapa projek super kapcai Modenas dihentikan.

BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

Tetapi, ada tapinya… Ini membuka satu lagi cerita baharu yang lain. Khabarnya, projek super kapcai Modenas yang terbengkalai itu akan dibangunkan semula secara usahasama Modenas-Kawasaki dengan kos pembangunan dikatakan mencecah RM20 juta! Teruja tak ni?

RM20 juta bukan kos pelaburan yang kecil-kecil anak. Nampak macam mengarut  pun ada memandangkan tidak banyak negara dunia yang memiliki pasaran kapcai yang besar. Malah di Asean sendiri, cuma Malaysia dan Vietnam saja yang menjadi kubu kuat pasaran kapcai sedunia. Negara jiran lain masing-masing pun dah beralih kepada skuter dan sportbike aras mula.

Tetapi bila disebut pasal Kawasaki yang sedia arif dengan trend pembangunan dan pemasaran trenkuasa motosikal,  projek super kapcai Modenas pastinya dinilai sebagai bukan sia-sia. Malah Kawasaki sendiri memang menggunakan trenkuasa sama untuk menghasilkan bermacam-macam segmen motosikal berbeza.

Jadi projek enjin super kapcai tidak harus disempitkan kepada pasaran kapcai semata-mata. Asas projek super kapcai itu boleh saja dikembangkan menjadi pelbagai produk motosikal lain seperti skuter dan sportbike. Malah menggunakan label Kawasaki untuk memasarkan kapcai pertama jenama itu.

Kalau betul apa dikhabarkan, harapnya jangan la lama sangat buat kerja. Lagipun prototaip pun dah siap kan?

Moped Modenas
moped modenas
Moped Modenas
Harga Moped Modenas
moped 175cc Modenas
harga moped modenas
moped 175cc Modenas
Datuk Seri Syed Faisal Albar Kawasaki sembang deras Super Kapcai super moped super moped modenas
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Koleksi MotoGP Valentino Rossi & Lorenzo Dirampas, Nilai Pasaran Cecah USD40 Juta

    31/12/2025
    Kawasaki Z650 S 2026
    Roda2

    Kawasaki Z650 S 2026 Bakal Tiba Januari Tahun Depan

    23/10/2025
    Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
    Auto Terkini

    Modenas Rasmi Buka Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

    22/10/2025
    Kawasan Z1100 dan Z1100 SE 2026 diperkenalkan
    Roda2

    Kawasaki Z1100, Z1100 SE 2026 dengan Enjin, Teknologi Dinaik Taraf Lancar di Pasaran Global

    07/10/2025

    3 Comments

    1. faris daniel on 13/02/2020 15:22

      Salam sejahtera. saya Daniel dari Budak Kimia. kami pengeluar produk premium penjagaan dan cucian motosikal. saya nak tanya jika pandulaju.com.my ada service paid review / ruangan berita di blog pandulaju.com.my atau di page facebook?

      Reply
    2. huhu hihi on 10/03/2020 09:16

      kalau keluar aku trade in LC aku.

      Reply
    3. Ryu Fujikawa on 04/04/2020 21:18

      Harap2 jadi betul lah, pastu rupa mcm yg org Vietnam render kt YouTube. Kalau ikut prototaip rupe die buruk ah

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.