Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Z650 S 2026 Bakal Tiba Januari Tahun Depan
Roda2

Kawasaki Z650 S 2026 Bakal Tiba Januari Tahun Depan

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kawasaki Z650 S 2026

NAKED bike middleweight Kawasaki Z650 S 2026 diperkenalkan dengan rekabentuk segar, posisi tunggangan lebih ergonomik dan peningkatan teknologi terkini.

Model kelas pertengahan itu dijangka tiba di pusat jualan rasmi Kawasaki pada Januari 2026 pada anggaran harga belum diputuskan lagi.

Enjin 649cc Masih Kekal, Kini Lebih Halus

Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026

Kawasaki Z650 S 2026 menggunakan enjin dwi-silinder sebaris 649cc DOHC penyejukan cecair, sama seperti model Z650 dan Versys 650. Enjin itu berputar dalam konfigurasi aci engkol (crankshaft) 180º yang menawarkan karakter kuasa linear dan mudah dikawal, sesuai untuk tunggangan harian atau lebuh raya.

Walaupun asas enjin itu berasal daripada keluarga ER-6 sejak 2006, Kawasaki terus menambah baik kecekapan dan pengendalian dengan talaan tork lebih kuat pada julat rendah dan pertengahan rev (rpm). Model tersebut turut dilengkapi klac sliper dan penutup radiator baharu bagi mengurangkan haba ketika tunggangan bandar.

Rekabentuk, Ergonomik Dipertingkat

Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026

Bahagian ergonomik menjadi fokus utama Kawasaki Z650 S 2026 dengan hendal jenis fat-bar 30mm lebih lebar, posisi peg kaki diubah suai untuk keselesaan lebih baik, dan pelana depan kini 20mm lebih tinggi menerusi lapisan kusyen tambahan.

Pelana pembonceng juga 20mm lebih lebar dengan tambahan 10mm kusyen supaya lebih selesa untuk perjalanan jauh.

Kawasaki turut menawarkan pilihan pelana tinggi dan rendah sebagai aksesori tambahan. Walaupun dengan rekabentuk badan lebih padat dan kapasiti tangki bahan api lebih besar, jarak tinggi bumi kekal mudah dicapai pelbagai peringkat penunggang.

Rupa depan kini lebih agresif dengan lampu utama LED tiga kluster, termasuk lampu signal belok dan lampu belakang LED penuh.

Teknologi Baharu, Panel Meter TFT Moden

Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026

Kawasaki Z650 S 2026 kini menerima kemas kini elektronik dengan paparan panel meter TFT 4.3 inci yang menyokong sambungan ke aplikasi Rideology. Paparan itu menampilkan dua gaya takometer boleh tukar automatik antara mod siang dan malam, serta pilihan warna latar manual.

Sistem kawalan traksi Kawasaki Traction Control (KTRC) kini disertakan sebagai ciri standard, manakala ciri tukaran gear pantas Kawasaki Quickshifter (KQS) untuk anjakan atas ditawarkan sebagai opsyen tambahan. Selain itu, ada juga port pengecas USB Type-C di kowl depan untuk kemudahan mengecas peranti ketika menunggang.

Casis, Suspensi dan Brek

Kawasaki Z650 S 2026

Naked bike middleweight itu mengekalkan frem trellis tubular 15kg yang ringan dan kukuh. Kuasa membrek diserahkan kepada brek cakera kembar 300mm di depan dan brek cakera 220mm (belakang) dengan dibantu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) baharu keluaran Continental untuk prestasi lebih halus dan tepat.

Suspensi depan dan belakang kekal daripada konfigurasi Z650 asal, tetapi ditala semula untuk keselesaan dan kestabilan lebih baik di pelbagai kondisi jalan.

Warna, Ketersediaan

Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026

Ada tiga warna pilihan ditawarkan:

  • Carbon Grey / Lime Green (kelabu-hijau)
  • Carbon Grey / Metallic Matte Graphene Steel Grey (kelabu gelap-kelabu)
  • Black / Graphene Grey (hitam-kelabu)

Harga rasmi belum diumumkan, tetapi Kawasaki Z650 S 2026 disahkan bakal tiba di bilik pameran bermula Januari 2026.

Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026
Kawasaki Z650 S 2026

SUMBER: MotorcycleNews

Auto Terkini Kawasaki Kawasaki Z650 S Motor naked Naked Bike Middleweight Naked kelas pertengahan
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.