• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!

#SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!

February 3, 2020 By Aryon Leave a Comment

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEGENDA hidup sukan permotoran, Valentino Rossi mungkin berhijrah ke pasukan satelit Petronas Yamaha SRT untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 selepas Yamaha Motor Racing memutuskan berikan kontrak kepada Maverick Vinales dan Fabio Quartararo untuk meneruskan cabaran pasukan pengilang itu bagi musim 2021 dan 2022.

Jadi Rossi memang tak ada pilihan lain kecuali tiga opsyen saja:

  • Bersara
  • Masuk pasukan satelit Petronas Yamaha SRT
  • Berhijrah ke pasukan lain

BACA >>>Β Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

aksesori-rossi
aksesori-rossi-2

Mungkin ramai menganggap ayahanda Rossi sudah tak relevan di trek, tapi realitinya, populariti 'The Doctor' memang payah nak diketepikan Yamaha. Jenama Rossi itu sendiri sudah berikan berjuta-juta dolar dan euro kepada Yamaha, termasuk macam-macam hal teknikal jentera dan trek.

rossi-dan-fans-
rossi-dan-fans-2

Malah batang tubuh Rossi itu pun dah cukup berjasa kepada MotoGP dengan memberikan sekurang-kurangnya suku jumlah pengunjung di mana-mana litar seluruh dunia. Selain Marc Marquez, rasanya tak ada pelumba lain yang mempunyai armada peminat segila fanatik Rossi.

Jadi memang tak hairanlah kenapa Yamaha sanggup beri jaminan yang posisi Rossi sama sekali tak tergugat. Walaupun faktanya Rossi memang sah tak ada tempat dalam pasukan pengilang itu, dan Yamaha pula langsung tak sebut pasal Petronas SRT, tetapi memang itu pun pasukan yang ada untuk dia.

Punyalah Yamaha sayangkan Rossi sampai berjanji akan berikan YZR-M1 'spec kilang' seandainya dia nak terus berlumba. Bukan saja jentera gred A, Yamaha juga sanggup berikan krew dan enjinia pasukan utama. Ini bermakna, Yamaha akan memiliki pelumba pasukan satelit yang berlumba dengan jentera sama taraf dengan pasukan utama.

BACA >>>Β Rossi Nak Lumba Lagi? Yamaha Sanggup Sediakan YZR-M1 'Spec Kilang'!

Tapi ingat, wang bukanlah motif utama Rossi kerana apa yang dia ada sekarang pun sudah lebih daripada cukup. Sebagai pelumba dengan baka juara, pelumba legenda itu pastinya tidak akan senang hati dan murung jika kehadirannya sekadar melengkapkan ranking 10 terbaik.

Ya, Rossi sendiri yang akan tentukan masa depannya, dan pertengahan tahun ini akan menjadi penentu sama ada bersara kalau dia rasa dah tak boleh blah, atau masuk Petronas SRT.

Berhijrah? Tak mungkin, sebab pada usia veteran dan tulang semakin kekurangan kalsium, Rossi pastinya tak ada masa nak cuba-cuba dan gagal lagi. Sebabnya, Rossi adalah Rossi! ✊🏼πŸ’ͺ🏼

- Pak Yon

Related

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Monster Energy Yamaha, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, roda2, sembang deras, sukan permotoran, Valentino Rossi, VR46, Yamaha Factory Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 Β© PanduLaju.com.my
πŸš€ XCII WebDev