• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penumpang Batuk Kena Halau Pemandu e-Hailing Selepas Tahu dari Wuhan

Penumpang Batuk Kena Halau Pemandu e-Hailing Selepas Tahu dari Wuhan

January 30, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SATU rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan pemandu e-hailing di China menghalau keluar seorang penumpang lelaki selepas diberitahu dia baru pulang dari Wuhan dan mahu pergi ke hospital di sana untuk mendapatkan rawatan.

Video berdurasi 1 minit 34 saat itu dikongsikan pemilik akaun Twitter, RT_com. Apa yang berlaku disebabkan rasa panik pemandu tersebut mengenai wabak koronavirus yang semakin menular di China.

BACA >>> Syarikat e-Hailing Terbesar China Tutup Operasi Kongsi Kereta Susulan Kes Bunuh, Rogol

Passenger from #Wuhan on his way to the hospital gets kicked out of taxi by driver pic.twitter.com/tZWKC3XoLV

— RT (@RT_com) January 29, 2020

Berikut dialog yang ditranskrip daripada video tersebut. Penumpang lelaki tersebut dilihat batuk beberapa kali sebaik saja masuk ke dalam kereta hingga memaksa pemandu tersebut bertanyakan beberapa soalan.

Kamu dari mana? Kenapa batuk?"

"Saya dari Baoding."

"Loghat kamu tak macam orang sana pun."

Lelaki itu awalnya nampak seperti mahu berdalih, tetapi kemudian mengaku dia memang dari Wuhan dan mahu segera ke hospital di sana untuk mendapatkan rawatan. Pemandu tersebut kemudian terus bertindak menghalau keluar penumpangnya itu.

Ramai warga maya menyokong tindakan pemandu terbabit kerana wabak koronavirus sangat mudah berjangkit. Penumpang lelaki itu sepatutnya buat panggilan kecemasan supaya dia dapat dirawat. Ada juga yang mengecam tindakan pemandu itu kerana biadap dan tidak berperikemanusiaan.

Siapa yang harus dipersalahkan?

BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas

SUMBER: Twitter

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Coronavirus, e-Hailing, Koronavirus, pemandu e-hailing China, Wabak, Wabak Koronavirus, Wuhan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my