• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda SH125i Paling 'Panas' di Sepanyol

Honda SH125i Paling 'Panas' di Sepanyol

February 3, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA SH ialah skuter paling laris di Sepanyol pada 2019, selepas Kymco Agility City 125 dan Honda PCX 125.

Tahun lalu, 5,373 unit SH125i dijual di negara Eropah itu dan populariti model itu turut menarik minat kumpulan pencuri. Ini bukan kejutan kerana skuter itu memang laris di pasaran sejak beberapa tahun lalu. Apatah lagi tanpa ciri keselamatan antikecurian.

EuroWeeklyNews melaporkan sebuah motosikal atau moped dicuri setiap lapan minit di Sepanyol.

BACA >>> Honda SH125i (2020) - Kini dengan Ekstra Storan, Prestasi Dipertingkat!

honda sh125 1
honda sh125 2
honda sh125 4

Berikut lima model motosikal paling banyak dicuri di Sepanyol sepanjang 2019:

  • HondaSH125i - 25 peratus
  • Yamaha TMAX - 21 peratus
  • Kawasaki Z800 - 15 peratus
  • Yamaha XMAX - 7 peratus
  • KTM 125 Duke - 4 peratus
Kawasaki Z800

Senarai tersebut menunjukkan jenama popular terkenal semakin mendapat permintaan dari dalam dan luar Sepanyol, seperti Kawasaki Z800.

BACA >>> Ingatkan Kawasaki Z800, Rupanya Yamaha LC 135

ktm duke 125 1
ktm duke 125

Motosikal yang mudah menambat hati pengguna dan ada pemintaan tinggi juga menjadi pilihan popular pencuri. Misalnya KTM 125 Duke. Walaupun berada di ranking kelima, rekabentuk menarik naked bike itu mampu menarik perhatian pencuri.

Berikut senarai bandar di Sepanyol yang paling banyak kes kecurian motosikal:

  1. Barcelona - 38 peratus
  2. Madrid - 17 peratus
  3. Alicante - 10 peratus
  4. Seville - 8 peratus
  5. Malaga - 6 peratus
  6. Murcia - 5 peratus

Bandar-bandar utara Sepanyol menunjukkan kadar kes kecurian motosikal rendah disebabkan kadar jenayah rompakan yang lebih rendah.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

BULAN KES KECURIAN PALING TINGGI

November ialah bulan yang mencatatkan kes kecurian motosikal paling tinggi iaitu 18 peratus. Ini sedikit mengejutkan kerana penggunaan motosikal sepanjang bulan itu adalah lebih rendah. Kadar kecurian juga rendah sepanjang Oktober dan Disember.

Mac, Februari dan Ogos merekod kadar 11 peratus kes kecurian. Ada dua trend kes kecurian motosikal mengikut bulan:

  • Februari-Mac: Cuaca baik dan ramai membeli kenderaan (ada permintaan tinggi).
  • Julai-Ogos: Penggunaan motosikal lebih tinggi atau ketara berbanding bulan lain. Ramai pelancong asing tiba di bandar utama Sepanyol.

SUMBER: AutoBild

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Curi Motosikal, Honda, Honda Espana, Honda SH 125i, roda2, Sepanyol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev