• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Patenkan Tongkat Sisi Motosikal Guna Konsep Mekanikal Baharu

Honda Patenkan Tongkat Sisi Motosikal Guna Konsep Mekanikal Baharu

January 29, 2020 By Admin PanduLaju 2 Comments

549
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TONGKAT sisi atau side stand ialah komponen motosikal paling asas yang rekabentuknya hampir tidak pernah berubah. Ia masih dalam bentuk batang besi panjang yang disambungkan pada spring supaya tidak longgar ketika tongkat diturunkan atau dinaikkan. Ia sama rekacipta dipatenkan pereka Eldon C Henderson pada 1926.

Seiring peredaran zaman, tongkat sisi ditambahkan fungsi mematikan enjin yang dihubungkan dengan suis pemati enjin (engine kill switch). Inovasi baharu itu membuatkan enjin tidak dapat dihidupkan selagi tongkat tidak dinaikkan. Namun rekabentuk tongkat tetap tidak berubah.

Terkini, Honda bakal memperkenalkan tongkat sisi baharu yang sedikit berbeza.

BACA >>> Bocor Lakaran Paten Enjin Honda CBR250R dengan Ekzos Dua Mod Mufler

Rekacipta baharu Honda itu memiliki ciri aktif dan nyah aktif menggunakan mekanisme teleskopik paip tubular dengan rekaan multilapisan. Rekacipta itu mirip mekanikal teleskopik daripada batang payung, atau batang monopod, tetapi dengan sistem pengunci berbeza.

Berdasarkan gambarajah paten di atas, sistem pengunci tongkat sisi Honda itu menggunakan cangkuk berspring yang boleh diturun naikkan. Mekanisme cangkuk berspring beroperasi menerusi alur kecil pada tongkat, seakan saluran parit, yang akan menahan posisi batang tongkat. Cara mengunci pengunci pula adalah dengan memusingkan tuil (no 56) di hujung bawah tongkat.

Macam susah pula caranya. 😅

BACA >>> Honda Patenkan Beg Udara Vertikal untuk Motosikal

Related

549
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Eldon C Henderson, Gambarajah Paten, Honda, Lakaran Paten, paten, Paten Honda, roda2, Side Stand, tongkat sisi

Comments

  1. Jan says

    January 29, 2020 at 4:05 PM

    Sangat menakjubkan, walaupun pada sisi praktikal nya, saya rasa ini tidak diperlukan. atau ada apa2 keistimewaan yang saya terlepas pandang?

    Reply
  2. Jai says

    January 31, 2020 at 4:39 PM

    Enjin mati klu masuk gear, bukan x boleh dihidupkan... , Maaf klu salah..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev