• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Lepas Emisi Eropah Punca Suzuki Jimny Dijual dalam Unit Terhad di UK

Tidak Lepas Emisi Eropah Punca Suzuki Jimny Dijual dalam Unit Terhad di UK

January 28, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA mula diperkenalkan di Britain, Suzuki Jimny mendapat sambutan hangat dengan tempoh menunggu mengambil masa hingga setahun. Semua 1,200 unit yang dikhaskan untuk pasaran negara Eropah itu sepanjang 2019 dilaporkan habis ditempah. Lebih-lebih lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu cuma dihasilkan di kilang Jepun untuk pasaran global.

Baru-baru ini, AutoCarIndia melaporkan Suzuki akan menghentikan jualan Jimny di Eropah dalam masa terdekat. Susulan laporan itu, Suzuki UK mengeluarkan kenyataan, Jimny akan terus dijual di Britain dalam jumlah terhad tahun ini.

BACA >>> Laku Sangat, Suzuki UK Terpaksa Hentikan Tempahan Jimny

Pada pelancaran 2018, Suzuki sudah mengumumkan yang tahap emisi Jimny akan menjejaskan keseluruhan purata emisi Eropah selepas 2020. Ini kerana semua model kenderaan di bawah satu-satu pengeluar perlu mematuhi peraturan emisi Kesatuan Eropah (EU) yang mengehadkan purata emisi (CO2/km) pada tahap 95g sahaja.

Suzuki sejak 2018 sudah memaklumkan yang kehadiran Jimny akan menjejaskan purata emisi tersebut, sekali gus  mengganggu model Suzuki lain.

BACA >>> Foto Rasmi Suzuki Jimny (2019) Didedahkan Menjelang Pelancaran Rasmi Oktober Ini

Jimny spesifikasi Eropah dikuasakan enjin petrol K15B 1.5 dengan pilihan kotak gear manual atau automatik 5-kelajuan, manakala tahap emisi 154g/km dan 170g/km mengikut jenis transmisi.

Bagi menambah baik tahap emisi dan penggunaan bahan api, Suzuki memperkenalkan teknologi pengecasan hibrid sendiri 48V sebagai ciri standard untuk Swift Sport, Vitara dan S-Cross. Ini termasuk menjadi  pengeluar pertama memperkenalkan teknologi hibrid 12V pada 2016, dan dijadikan ciri standard untuk Ignis dan Swift dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Apa yang boleh dilihat, Suzuki sudahpun mempunyai teknologi mesra alam. Cuma adakah teknologi tersebut sesuai digunakan pada jip lasak seperti Jimny?

BACA >>> Suzuki Tayang Duo Gixxer 250 Versi Fairing dan Naked

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jip, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Suzuki, Suzuki EU, Suzuki Jimny, Suzuki UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my