• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bell Custom 500 SE Haro - Helmet Edisi Khas Sentuhan Legenda BMX Gaya Bebas

Bell Custom 500 SE Haro - Helmet Edisi Khas Sentuhan Legenda BMX Gaya Bebas

January 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA peminat dan pengumpul helmet jenis muka terbuka (open-face), ini mungkin aksesori yang anda harus beli memandangkan statusnya sebagai edisi terhad dengan harga masih masuk akal.

Pengeluar helmet Bell mengadakan kerjasama dengan artis dan legenda BMX, Bob Haro (foto bawah) untuk menghasilkan helmet edisi khas Custom 500 SE Haro yang hanya 250 unit ditawarkan untuk pasaran antarabangsa.

BACA >>> Bell ProTint™ - Teknologi Visor Fotokromatik yang Boleh Berubah Ikut Cahaya

Bell Helmets Bob Haro Custom 500 SE Culture Classic Open-Face Mo
helmet-bell-bob-haro-1

Bob Haro ialah bekas penunggang motocross dan BMX gaya bebas (freestyle) yang kini menjadi artis dan ahli perniagaan. Beliau dulu pernah dikenali dengan nama julukan 'Godfather of Freestyle'.

Selepas beraksi sebagai penunggang lagak ngeri dalam filem E.T. the Extraterrestrial, Bob kini menjalankan bisnes Haro Design, iaitu jenama yang menumpukan kepada pembuatan pakaian, beg, basikal BMX dan aksesori berkaitan.

Helmet edisi khas Haro dihasilkan menggunakan model helmet Bell Custom 500 SE 3/4 dengan strip biru berserta lencanan Haro pada visor, manakala lima butang pada visor dibuat menggunakan komposit gentian kaca.

Ada lima saiz pilihan disediakan, S hingga XXL denga pelapik dalaman helmet menggunakan material jenis antibakteria. Helmet ini dijual pada harga AS$189.95 (RM772) dan boleh didapati menerusi pembelian di laman web Bell Helmets.

BACA >>> Bell Perkenal Varian Helmet Street dan Dirt 2018, Tampilkan Teknologi MIPS

GALERI
bell haro 7
bell haro 3
bell haro 6
bell haro 2
bell haro 4
bell haro 8
bell haro 1
bell haro 5
helmet-bell-bob-haro-2
helmet-bell-bob-haro-3
Bell Helmets Bob Haro Custom 500 SE Culture Classic Open-Face Mo
helmet-bell-bob-haro-1
helmet-bell-bob-haro-4

SUMBER: BellHelmets | RideApart

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, bell, Bell Custom 500 SE, Bell Custom 500 SE Haro, Bell Helmets, BMX, Bob Haro, helmet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev