• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bajaj, Triumph Tandatangan Kerjasama Pakatan 24 Januari Ini

Bajaj, Triumph Tandatangan Kerjasama Pakatan 24 Januari Ini

January 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Bajaj Auto dan Triumph Motorcycles bakal menandatangani kerjasama bukan ekuiti pada 24 Januari ini selepas kali pertama mengumumkan rancangan pembangunan motosikal baharu berenjin sederhana pada Ogos 2017, kira-kira dua tahun lalu.

Walaupun dua jenama itu masih belum menandatangani sebarang perjanjian akhir, eksekutif Triumph Motorcycle mengesahkan  prototaip awal sudah pun siap diuji. Ada juga laporan mendakwa produk pertama hasil kerjasama dua pengeluar itu akan disiapkan menjelang 2022.

BACA >>> Kerjasama Bajaj-Triumph Sasar Kuasai Pasaran Motosikal 250-700cc di India

triumph-logo
Steve Sargent

Ketua Pegawai Produk Triumph Motorcycles, Steve Sargent (foto atas) berkata, Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj sudah melihat model tersebut dan masing-masing berpuas hati dengan produk motosikal berkenaan.

"Ini produk dalam segmen 250cc hingga 750cc yang menggunakan satu platform enjin dengan sesaran enjin berbeza untuk  segmen berlainan. Kami berbincang dengan Bajaj tentang spesifikasi yang diinginkan dan bersetuju dari segi prestasi, kuasa dan kapasiti.

"Kami tahu aspek penjimatan bahan api sangat penting di India. Bajaj ada banyak pengetahuan tentang pengguna India dan ia digunakan dalam projek ini," katanya.

BACA >>> Rajiv Bajaj: Royal Enfield Buat Skuter, Baru Kita Buat!

triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-14
dominar400-img-03-big-e1520864402649
dominar400-img-04-big-e1520864416935

Model Bajaj-Triumph buatan India itu juga akan dieksport ke pasaran luar seperti Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat. Bagi pasaran India pula, produk tersebut akan dijual menerusi wakil jualan Triumph dan pastinya model pemasangan tempatan (CKD) membolehkan Bajaj-Triumph menetapkan harga lebih kompetitif.

Di pasaran, produk itu akan bersaing dengan pesaing seperti Royal Enfield dan Harley-Davidson. Bagaimanapun, platform yang digunakan tidak boleh digunakan model-model asal Bajaj.

Related

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj-Triumph, India, pakatan, roda2, Steve Sargent, Triumph

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev