• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Motosola Hasilkan Produk Kanopi Solar untuk Cas Bateri Motosikal Elektrik

Motosola Hasilkan Produk Kanopi Solar untuk Cas Bateri Motosikal Elektrik

January 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGMEN kenderaan elektrik (EV) semakin berkembang sejak beberapa tahun lalu dengan kemunculan pelbagai jenama automotif baharu. Bagaimanapun, perkembangan kenderaan mesra alam itu masih tidak sepantas kehadiran komponen aftermarket yang direka untuk kegunaan kereta atau motosikal EV.

Antara pengeluar komponen aftermarket ialah syarikat dari China, Motosola yang baru saja menghasilkan prototaip kanopi solar.

Kanopi dalam bentuk bumbung dengan panel solar itu direka untuk dipasangkan pada motosikal EV bagi mengecas bateri menggunakan sel solar dan cahaya matahari. Proses pengecasan berlaku ketika menunggang atau apabila kenderaan diparkir di bawah cahaya matahari.

BACA >>> Skuter EV Yamaha EC-05 Menang Anugerah Rekabentuk Jerman 2020

Produk tersebut terdiri daripada panel solar dan pengecas inverter yang direka untuk kebanyakan model motosikal EV di pasaran. Ada dua versi kanopi solar ditawarkan, iaitu 100W dan 150W.

Menurut Motosola, kanopi solar tersebut mampu menjana kuasa elektrik hingga 1.5kWh sehari, dan dianggap kaedah terbaik menjimatkan bil elektrik kerana pemilik tidak perlu lagi mengecas bateri motosikal EV mereka di rumah.

Berdasarkan semakan di laman Motosola.com,  kanopi solar yang ditawarkan ialah jenis 125W dengan tiga kategori voltan pada harga AS$399 (RM1,620) setiap satu.

Bagaimanapun, laman web sama juga memaparkan mesej yang semua produk kanopi solar sudah pun habis stok! Berita menarik, jika anda berminat mendapatkan aksesori EV berkenaan, produk tersebut khabarnya akan dibawa ke EVM Asia 2020 Expa, bermula 24-26 Mac ini di MITEC, Kuala Lumpur.

BACA >>> VinFast Klara Lancar di Vietnam, Skuter EV dengan Insentif Tanpa Faedah

SUMBER: ElectricMotorcycle | InceptiveMind

Related

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Kanopi Panel Solar, Kanopi Solar, Kenderaan Elektrik, motosikal EV, Motosola, roda2, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my