• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bimota KB4 dengan Enjin Supercas Kawasaki Ninja H2 Didedahkan Pertengahan Tahun Ini

Bimota KB4 dengan Enjin Supercas Kawasaki Ninja H2 Didedahkan Pertengahan Tahun Ini

January 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BIMOTA bakal mengeluarkan model gaya retro KB4 versi prapengeluaran seawal pertengahan tahun ini, menurut jurucakap pengeluar motosikal Itali itu.

KB4 ialah model kedua kerjasama Bimota-Kawasaki selepas Tesi H2 yang dipacu enjin 4-silinder 4 sebaris 1,043cc penyejukan cecair, sama seperti Kawasaki Ninja 1000SX, selain diasaskan casis trimis baharu Bimota.

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

bimota-kb4-render-1
bimota-kb4-render-2
bimota-kb4-render-3

Namun, tiada sebarang pendedahan eksklusif mengenai jentera berkuasa tinggi itu setakat ini. Berbanding Tesi H2 yang ditayangkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, penampilan KB4 hanya dapat dilihat menerusi klip video dalam laman YouTube.

Pegawai Media Bimota, Gianluca Galasso berkata, prototaip ujian KB4 pertama akan berada atas jalan menjelang musim bunga 2020 (sekitar Mac). Jadi, keputusan melancarkan model versi prapengeluaran pertengahan tahun ini adalah munasabah.

Bimota mendedahkan, KB4 akan dilengkapkan pakej elektronik Kawasaki bagi membantu casis mengendalikan enjin berkuasa 140hp @ 10,000Nm. Ini termasuk ciri model lain seperti teknologi terotel ride-by-wire yang membolehkan model ini dilengkapkan ciri kawalan jelajah.

Idea itu dikongsi pasukan juruteknik Bimota adalah untuk memiliki motosikal 600cc dengan tork enjin 1,000cc. Segalanya bermula awal permulaan syarikat, sekitar 70-an dan 80-an dulu, apabila idea utama Bimota ialah motosikal 500cc dengan prestasi enjin 1000cc," kata Galasso.

KB4 nampak hampir sama dengan KB1 yang diperkenalkan pada lewat 1970-an lalu. Selain fairing melengkung dan lampu depan bulat tunggal, KB1 juga dikuasakan enjin 4-silinder yang diambil daripada Kawasaki Z1000. Jadi enjin KB4, 1043cc juga memuatkan enjin Z1000 versi moden.

Ini juga model Bimota baharu pertama sejak BB3 yang dikuasakan enjin BMW S1000RR BB3 pada 2014. Model baharu itu kelak akan menampilkan enjin supercas 998cc, sama seperti dipasangkan pada Kawasaki Ninja H2 dan dilengkapkan teknologi swingarm unik di depan.

BACA >>> Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

SUMBER: MCN

Related

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bimota, Bimota KB4, Gianluca Galasso, Kawasaki, Kawasaki Ninja H2, roda2, sportbike, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev