• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Paling Laris Sepanyol, Kymco Agility City 125 (2020) Kini Berwarna Baharu

Skuter Paling Laris Sepanyol, Kymco Agility City 125 (2020) Kini Berwarna Baharu

January 19, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

634
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KYMCO memperkenalkan tiga pilihan warna baharu untuk Agility City 125 (2020) di Sepanyol dalam usaha mengekalkan status skuter itu sebagai motosikal paling laris di negara tersebut.

Agility City 125 (2020) mencatatkan rekod jualan cemerlang, iaitu 6,793 unit sepanjang tahun lalu, termasuk mengatasi beberapa model hangat lain di Sepanyol seperti Honda SH 125i, Honda PCX125 dan Yamaha NMAX 125.

BACA >>> #EICMA2019: Kymco RevoNEX Debut dengan Kelajuan 0-100kmj Sepantas 3.9 Saat!

Marrón Hazel
Blanco Ice
Negro

Agility City 125 (2020) menampilkan tiga warna baharu, iaitu: Marrón Hazel (coklat), Blanco Ice (putih) dan Negro (hitam). Juga buat kali pertama, setiap varian warna skuter ini didatangkan dengan pelana dua tona, iaitu coklat-hitam, kelabu-hitam dan kelabu gelap-hitam.

Panel instrumen turut diperbaharui dengan latar meter kelabu gelap dan bingkai pemuka warna perak. Kaliper brek kini dihitamkan, manakala pelindung mufler mendapat kemasan perak.

BACA >>> Skuter Bajet Kymco GP 125i Lancar di Jepun - ¥186,600 (RM6,776)

Aspek trenkuasa kekal sama, masih enjin 4-lejang silinder tunggal 4-lejang 125cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 9hp@8,500rpm dan tork puncak 9Nm@6,750rpm. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik dan dwi-absorber dengan prabeban boleh laras tiga tahap.

Sistem brek menggunakan cakera 260mm dengan kaliper 3-piston pada roda depan, manakala roda belakang dipasangkan brek cakera 240mm dengan kaliper 2-piston.

BACA >>> Beginikah Bunyi Ekzos Superbike EV Kymco RevoNEX Nanti?

Bahagian roda menggunakan tayar 100/80 R16 di depan, dan tayar 120/80 R14 di belakang. Tangki minyak pula menawarkan kapasiti tangki 7.5 liter.  Di Sepanyol, Agility City 125 dijual pada harga €2,099 (RM9,520), termasuk insurans setahun.

GALERI
Marrón Hazel
Marrón Hazel
Blanco Ice
Blanco Ice
Negro
Negro
kymco-nuevo-agility-city-125-2
kymco-nuevo-agility-city-125-1
kymco-nuevo-agility-city-125-3
kymco-nuevo-agility-city-125-4
kymco-nuevo-agility-city-125-5
kymco-nuevo-agility-city-125-6
kymco-nuevo-agility-city-125-7
kymco-nuevo-agility-city-125-8
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-1
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-8
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-3
kymco 125 (15)
kymco 125 (22)
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-2
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-4
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-5
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-6
kymco-nuevo-agility-city-125-marron-7

SUMBER: Eleconomista

Related

634
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kymco, Kymco Agility City 125 (2020), roda2, Sepanyol, skuter, Skuter 125cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev