• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1

Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1

January 14, 2020 By Aryon Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOS Yamaha, Lin Jarvis pernah berkongsi cerita kenapa Yamaha memilih Jorge Lorenzo untuk menjadi rakan pasukan kepada Valentino Rossi hingga kedua-duanya saling berseteru. Malah, Lorenzo dikatakan menjadi punca Rossi makan hati hingga memaksa beliau berhijrah dan buang masa bersama Ducati.

Menurut Jarvis, Lorenzo dibawa masuk adalah sebagai persediaan menggantikan Rossi kerana pelumba Itali itu dikatakan mahu bertukar selera ke trek Formula Satu (F1). Adakah itu sekadar auta, atau memang betul-betul berlaku?

BACA >>> Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1

Jawapannya memang betul, dan Rossi sendiri mengakui cerita itu. Malah, beliau sudah pun menjalani beberapa siri ujian dengan Ferrari antara 2004-2010 hingga tercetus spekulasi mengatakan The Doctor mahu jadi pelumba F1 sepenuh masa. Lagipun, Ferrari memang pasukan Itali. Siapa lagi nak tolong orang Itali kalau bukan pasukan Itali? Bak kata pepatah, sek kito jange pecoh huk alohhh...

Mazzola mengaku dia dan Schumacher terkejut apabila melihat masa lap Rossi yang power tak ingat!

Lebih menguatkan spekulasi, Rossi mencatatkan masa lap yang mengejutkan pasukan Ferrari sendiri, cuma satu saat di belakang juara F1 tujuh kali, Michael Schumacher. Ini diakui jurutera Ferrari, Luigi Mazzola;

Aku tak ingat sebenarnya berapa banyak kami kautim dengan Rossi, tak kurang tujuh kali rasanya.

"Masa ujian pertama, berbelas kali juga dia berpusing. Tapi semakin lama memandu, dia dapat masa lap yang cukup menakjubkan. Aku betul-betul ingat masa tengok data dengan Schumacher. Muka Schumi (panggilan Schumacher) macam hairan gila, macam tak percaya."

rossi-ferrari-1
rossi-ferrari-2

Rossi turut ditanya Gazetta dello Sport mengenai cerita lama itu. Jawabnya, ya, memang betul beliau sudah bersedia berhijrah sebagai pelumba F1, tetapi terpaksa menolak kerana Ferrari tidak bersedia menerimanya dalam pasukan utama.

Aku dah selesai banyak ujian untuk Ferrari dan kami pun duduk dengan pasukan pengurusan, siap ada pelan lengkap untuk persediaan karier dalam F1.

"Tapi, depa tetiba cakap aku kena bawa kereta yang slow sebagai persediaan, dan aku patut jadi test driver Ferrari dulu. Sebab itu la aku tolak tawaran depa. Aku champion kot. Apa benda nak kena jadi test driver pulakkannn..." ujar Rossi sambil menunjal mesra kepala seorang pelayan yang baru menghantar jus oren.

** PERHATIAN: Fakta adalah betul, cuma gaya bahasa diolah dan beberapa aksi sengaja ditambah supaya nampak lebih dramatik. Kesulitan sangat dihargai.

BACA >>> Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tuggang Yamaha M1!

SUMBER: VisorDown

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: F1, Ferrari, Formula Satu (F1), JL99, Jorge Lorenzo, Lin Jarvis, Luigi Mazzola, Monster Energy Yamaha, MotoGP, The Doctor, Valentino Rossi, VR46, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev