• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CRF1100 Africa Twin (2020) Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM99k

Honda CRF1100 Africa Twin (2020) Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM99k

January 12, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

382
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA CRF1100 Africa Twin (2020) mula diperkenalkan September lalu dan model dual-sport itu kini sudahpun tiba di Malaysia, dibawakan Boon Siew Honda (BSH) dalam tiga pilihan varian:

  • Adventure (manual) - RM98,888
  • Adventure Sport (manual) - RM111,888
  • Adventure Sport (DCT) - RM117,888

Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model ini dijadualkan berada di bilik pameran Mac ini.

BACA >>> Honda Africa Twin CRF1100L (2020) dengan Enjin Lebih Berkuasa, Pengendalian Mantap

HONDA CRF1100L AFRICA TWIN ADVENTURE

Melakukan debut di Tokyo, Africa Twin CRF1100 (2020) ialah jentera yang dibina semula berdasarkan permintaan pelanggan. Enjin baharu kini bersesaran 1,084cc dan patuh emisi Euro5 berbanding sebelumnya 998cc, dengan angka kuasa 101hp dan tork 105Nm.

Lebih kecil, langsing dan ringan 5kg, model versi 2020 ini didatangkan dengan tambahan kuasa 7 peratus kuasa dan tork 6 peratus tork berbanding model terdahulu. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi kotak gear klac manual 6-kelajuan atau DCT 6-kelajuan.

Ada empat pilihan mod tunggangan ditawarkan: OFF-ROAD, TOUR, URBAN dan GRAVEL.

CIRI BAHARU

Berikut beberapa ciri baharu yang ada pada Africa Twin Adventure (2020):

  • Bahagian mufler dilengkapkan ciri Injap Kawalan Ekzos (ECV) untuk menambah baik bunyi rpm rendah dan prestasi rpm tinggi.
  • Tambahan Unit Ukuran Inersia (IMU) 6-paksi yang dipadankan ciri kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) 7-tahap dan Kawalan Wheelie, Mitigasi Angkat Roda Belakang (RWLM), ABS belok dan pengesan DCT.
  • Casis dipertingkat untuk pengendalian lebih baik, manakala tambahan subfrem aluminium belakang boleh tanggal.
  • Swingarm aluminium baharu direka semula seperti dirt bike Honda CRF450R yang lebih ringan dan kuat.
  • Kluster instrumen kini dengan skrin sentuh TFT 6.5 inci berserta konektiviti Apple CarPlay. Juga ada ciri Kawalan Jelajah.
  • Gaya badan kompak direka untuk off road dengan pelana langsing dan bar hendal tinggi. Juga dipadankan lampu siang (DRL) dan wayarles Bluetooth.

HONDA CRF1100L AFRICA TWIN ADVENTURE SPORT

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sport (2020) berkongsi frem, enjin dan posisi tunggangan off-road sama seperti varian Adventure. Namun, varian ini dibekalkan ekstra abiliti utnuk melakukan tugasan rentas benua menerusi tunggangan jarak jauh dan pada masa sama kekal praktikal untuk off-road dan jalan raya biasa.

Antara ciri dimiliki varian Adventure Sport ini ialah:

  • Kapasiti tangki minyak 24.8 liter untuk tunggangan sejauh 500km
  • Tambahan pelindung angin pada fairing
  • Visor angin boleh laras
  • Gad enjin
  • Bar muatan belakang aluminium
  • Rim aloi berserta tayar tiubles
  • Pengecas ACC
  • Hendal dengan ciri pemanas
  • Sistem suspensi Showa EERATM sebagai standard untuk kedua-dua roda
  • Ada empat mod tunggangan: SOFT, MID, HARD dan OFF-ROAD, serta mod USER untuk talaan lebih halus.
  • Absorber belakang prabeban juga boleh dilaraskan ketika pegun
  • Ada tiga tahap pencahayaan selekoh yang diuruskan IMU

BACA >>> Honda Bangunkan Teknologi Suntikan Terus (DI) Khas untuk Africa Twin

GALERI
Honda Africa Twin (2020)_11
Honda Africa Twin (2020)_1
Honda Africa Twin (2020) SPEC
Honda Africa Twin (2020)_2
Honda Africa Twin (2020)_3
Honda Africa Twin (2020)_4
Honda Africa Twin (2020)_5
Honda Africa Twin (2020)_6
Honda Africa Twin (2020)_7
Honda Africa Twin (2020)_8
Honda Africa Twin (2020)_9
Honda Africa Twin (2020)_10
Honda Africa Twin (2020)_12
Honda Africa Twin (2020)_13
Honda Africa Twin (2020)_14
Honda Africa Twin (2020)_15
Honda Africa Twin (2020)_16
Honda Africa Twin (2020)_17

Related

382
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda Africa Twin CRF1100 (2020), Honda Africa Twin CRF1100L (2020), Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports, roda2, touring, touring bike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev