• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Patenkan Beg Udara Vertikal untuk Motosikal

Honda Patenkan Beg Udara Vertikal untuk Motosikal

January 14, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA baru saja mempatenkan sistem beg udara motosikal vertikal yang akan mengembang secara menegak untuk melindungi bahagian depan penunggang.

Sistem keselamatan itu beroperasi seperti beg udara konvensional kereta, iaitu gas dibebaskan untuk mengembangkan beg. Bagaimanapun, kaedah pemasangan mengikut gambarajah paten Honda itu adalah sesuatu yang belum pernah dilihat.

BACA >>> Hyundai Bangunkan Beg Udara Sisi Tengah Baharu

Idea memasang beg udara pada bahagian depan motosikal sebenarnya sudah lama wujud, hampir seusia penciptaan beg udara itu sendiri. Bagaimanapun, rata-rata jurutera dan pereka menghadapi masalah utama, iaitu kaedah memuatkan beg udara dalam motosikal menjadi satu pakej bersepadu.

Perlu diingatkan, motosikal tiada ruang besar untuk pemasangan beg udara berbanding kereta. Jika dalam kabin kereta, beg udara boleh dimuatkan dalam papan pemuka atau pilar depan atau sisi pemandu dan penumpang.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?

Namun, sistem keselamatan terbaharu Honda yang didaftarkan itu menunjukkan satu beg udara kompak dipasangkan pada panel depan badan motosikal.

Sistem itu menggunakan kanister khas yang tersimpan beg udara dan diikat pada sekeliling leher motosikal. Beg udara itu kemudian akan melindungi arah depan penunggang,terutama badan dan kepala, jika sensor mengesan berlaku perlanggaran.

Honda bukan asing dalam pembuatan beg udara motosikal. Pengeluar itu sebenarnya adalah peneraju sistem beg udara sebegini dan pernah mampakejkan ciri keselamatan tersebut pada model Gold Wing Tour DCT Airbag.

BACA >>> #EICMA2017: Honda Gold Wing (2018) dengan Beg Udara Tiba di Eropah

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beg Udara Motosikal, Beg Udara Vertikal Honda, Gambarajah Paten, Honda, paten

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my