• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Bangunkan Enjin Supercas V-Twin untuk Motosikal?

Honda Bangunkan Enjin Supercas V-Twin untuk Motosikal?

January 10, 2020 By Aryon Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA bakal menjadi pengeluar motosikal baharu yang akan menyertai perlumbaan menghasilkan trenkuasa induksi paksaan menerusi pendedahan gambarajah paten enjin V-Twin baharu dengan supercas.

Berdasarkan gambarajah paten itu, jentera V-Twin itu nampak hampir lengkap dalam bentuk sebuah motosikal sebenar. Apa ditunjukkan ialah rekabentuk enjin serba baharu yang mudah dipasangkan pada model jenis naked dan sportbike. Rekabentuk frem juga cukup menarik dan unik yang belum pernah dilihat pada mana-mana motosikal Honda sebelum ini.

BACA >>> Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

Frem trelis tubular dipasangkan dia atas enjin yang bertindak sebagai kekisi atau pelindung. Penggunaan enjin cara begini biasanya hanya dilakukan dengan konfigurasi enjin tertentu.

Unit pelana, bentuk tangki minyak dan garis badan lain nampak seakan secocok dengan model Honda gaya Neo Sports Cafe seperti CB50R. Namun pada sama sama, peluang untuk enjin ini dipasangkan pada jentera jenis sportbike juga tidak mustahil.

BACA >>> Honda Neo Sports Cafe Racer - Generasi Naked Sports Masa Hadapan

HONDA VTR1000 SP1
HONDA VTR1000 SP2

Dengan Honda sudah lama tidak menghasilkan jentera segmen V-Twin, idea mengembalikan semula era keemasan VTR1000 SP1 dan SP2 memang mengujakan. Gambarajah paten itu pula adalah dokumen pada 2017 yang hanya didedahkan tahun ini. Cukup lama dan sepatutnya Honda sudah menghasilkan sesuatu.

SUMBER: VisorDown

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, enjin motosikal, Enjin Supercas V-Twin Honda, Gambarajah Paten, Honda, Honda Motorcycles, Honda Neo Sports Café, Lakaran Paten, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev