• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Teknologi i-MMD Honda Gabungkan Manfaat Enjin Petrol, Hibrid dan EV

#TahukahAnda: Teknologi i-MMD Honda Gabungkan Manfaat Enjin Petrol, Hibrid dan EV

January 10, 2020 By Dee Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA kini sedang giat meluaskan barisan model hibrid dalam usaha menghasilkan kenderaan hijau untuk kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

Honda kini sudah menawarkan enam model kenderaan hibrid elektrik (HEV) yang didatangkan dengan sistem hibrid sport, dinamakan Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD), terdiri daripada:

  • Fit
  • Insight
  • CR-V
  • Accord
  • Oddessey
  • Stepwgn

APAKAH SPORT HIBRID i-MMD?

Kami berkesempatan memandu uji dan merasai sendiri teknologi hibrid sport Honda terkini di litar Twin Ring Motegi, Jepun. Model pandu uji ini bukan Honda e atau Fit baharu, tetapi Insight 1.5L dan CR-V 2.0L Hybrid, semestinya dengan i-MMD.

Teknologi i-MMD ialah sistem hibrid yang menggabungkan tiga mod pacuan, iaitu enjin petrol, dua motor elektrik dan bateri litium-ion. Ini bermakna, model Honda dengan enjin i-MMD menawarkan tiga mod pacuan, iaitu pemanduan dikuasakan enjin petrol (mod enjin), gabungan enjin dan motor (mod hibrid) dan pemanduan elektrik penuh (mod EV).

BACA >>> Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi

Rahsia di sebalik kecekapan enjin dan penjimatan bahan api tinggi yang ada pada teknologi i-MMD diperoleh daripada gabungan lima sistem berikut:

1. Motor Pacuan dan Penjanaan (Generation and Drive Motor)
2. Enjin i-VTEC DOHC Kitaran Atkinson 2.0L
3. Bateri Litium-Ion
4. Klac Enjin Terikat (Engine-Linked Clutch)
5. Unit Kawalan Kuasa (Power Control Unit, PCU)

BAGAIMANAKAH i-MMD BEKERJA?

Semua mod pacuan akan bertukar automatik mengikut situasi pemanduan:

  • Mod EV:  Kenderaan dikuasakan kuasa bateri sepenuhnya. Mod ini akan digunakan ketika kereta mula bergerak dan dalam keadaan pemanduan normal (halaju rendah).
  • Mod Hibrid: Gabungan kuasa bateri dan enjin. Mod ini digunakan apabila pemandu hendak memecut.
  • Mod Enjin: Dikuasakan enjin petrol sepenuhnya. Mod ini digunakan apabila kenderaan memecut laju, seperti memandu di lebuh raya.

ADAKAH ENJIN i-MMD PERLU DICAS?

Tidak perlu! Sistem hibrid i-MMD tidak memerlukan anda mencari stesen cas. Konsepnya sama seperti sistem hibrid lain, misalnya sistem hibrid i-DCD. Pemandu cuma perlu mengisi petrol seperti biasa, tetapi penjimatan bahan api model i-MMD adalah lebih baik, manakala kuasa dihasilkan lebih memuaskan.

BACA >>> CEO Honda Tidak Minat Tubuh Pakatan Automotif, Yakin Potensi Hibrid Atasi EV

PENGALAMAN PEMANDUAN

Selain penjimatan bahan api, teknologi hibrid i-MMD turut menawarkan prestasi lebih baik. Sebaik saja menginjak pedal minyak, kereta dipandu akan bergerak menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya yang mana fiil pemanduan rasa begitu halus, senyap dan responsif.

Apabila memecut pula, giliran enjin petrol menyalurkan kuasa kepada roda. Menariknya, proses anjakan mod elektrik kepada mod lain langsung tidak terasa dan tidak mengeluarkan sebarang deruman yang tidak enak didengar telinga.

Respon stereng, transmisi dan enjin sangat cekap hingga masa yang diperlukan untuk memecut dapat dibuat pantas berbanding kereta konvensional. Malah, model hibrid sport Honda dengan i-MMD tidak lagi menggunakan sistem kotak gear konvensional, sebaliknya dibekalkan transmisi jenis E-CVT tanpa puli (pulley) yang menggunakan traksi motor traction untuk hantaran kuasa ke roda.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

KELEBIHAN i-MMD

Kesimpulannya, teknologi i-MMD masih sama seperti model hibrid Honda lain, cuma ia lebih responsif, berkuasa dan cekap bahan api. Manfaat paling ketara, model Honda dengan teknologi hibrid sport ini menggabungkan ciri hibrid biasa dan EV dalam satu pakej.

Honda Malaysia khabarnya akan membawa masuk model i-MMD tidak lama lagi. Persoalannya, model manakah yang akan dibawa masuk dulu ke pasaran tempatan?

BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

GALERI
Pandu uji Honda I-MMD
Pandu uji Honda I-MMD
Intelligent Multi Mode Drive
Pandu Uji Honda CR-V
Honda Insight Hibrid
Honda CR-V Hibrid
Honda CR-V Hybrid
Honda Insight Hibrid
Teknologi Sport Hibrid I-MMD Honda
WhatsApp Image 2020-01-09 at 5.23.22 PM
Pandu Uji Honda Insight Hibrid
Pandu Uji Honda Insight Hibrid
Honda
Intelligent Multi Mode Drive
Pandu Uji Honda Insight Hibrid

SUMBER: HondaGlobal

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, hibrid sport, Hibrid Sport Honda, Honda, Honda Fit (2020), Honda Jazz, Honda Malaysia, Honda Sport Hybrid, i-MMD, IMMD, Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD), Pacuan Multimod Pintar (i-MMD), Pandu Uji Honda CRV Hibrid, Pandu Uji Honda Insight, sport hibrid, Teknologi Sport Hibrid Honda, Tokyo Motorshow, Tokyo Motorshow 2019, Twin Ring Motegi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev