PENGEDAR eksklusif kenderaan Subaru di Singapura, Motor Image melancarkan Subaru Forester e-Boxer serba baharu pada Pameran Motor Singapura (SMS) 2020. Model itu difahamkan akan memasuki pasaran Malaysia, tetapi masih dalam peringkat kajian.
Sistem e-BOXER hibrid ringan (mild hybrid) menggabungkan bantuan motor elektrik yang dikuasakan bateri dengan dua teknologi teras Subaru: enjin Boxer dan Pacuan Semua Roda Simetri (Symmetrical All-Wheel Drive). Dengan e-BOXER, Forester kini menawarkan pecutan lebih lancar dan responsif, meningkatkan keupayaan off-road dan menghasilkan kecekapan bahan api lebih baik.
BACA >>> #PanduUji: Betulkah Subaru Forester (2019) dengan EyeSight Ini SUV Serba Lengkap?
TIGA MOD PEMANDUAN
Sistem e-Boxer mampu menukar tiga mod pemanduan secara automatik dan mudah antara mod EV (elektrik penuh), Engine (enjin petrol sahaja), dan Motor Assist (gabungan motor elektrik dan enjin petrol).
Dalam mod EV, kereta dikuasakan motor elektrik yang diaktifkan dalam kondisi pemanduan kurang cekap bahan api , seperti ketika ketika memecut dari situasi pegun atau trafik perlahan. Jika lebih kuasa diperlukan atau cas bateri rendah, sistem akan bertukar kepada mod Motor Assist atau Engine.
Di bawah kondisi pemanduan beban-rendah, seperti meluncur sederhana, kenderaan akan beroperasi dalam mod Engine. Dalam mod ini, enjin petrol bukan saja menggerakkan kereta, tetapi juga mengecas semula bateri lithium-ion voltan tinggi. Penjanaan semula bateri berlaku apabila kenderaan menyahpecut dari pecutan selepas pedal minyak dilepaskan atau ketika pemandu menginjak pedal brek.
Apabila memecut atau di bawah beban-tinggi, kenderaan akan bergerak dalam mod Motor Assist menerusi kombinasi kuasa enjin petrol dan motor elektrik secara automatik. Nisbah pecahan kuasa antara motor elektrik dan enjin petrol bergantung kepada input pedal minyak pemandu. Sistem akan buat pelarasan untuk mengoptimumkan prestasi antara motor elektrik dan enjin petrol bagi kelancaran pemanduan, lebih kecekapan dan mesra alam.
Apabila pedal brek dilepaskan, motor elektrik membolehkan kenderaan bergerak dalam mod EV. Sistem e-BOXER menawarkan kombinasi penggunaan bahan api yang sangat efisien, iaitu 6.7 liter per 100km, sebagai tambahan kepada tork 196Nm daripada enjin petrol dan 66Nm daripada motor elektrik.
Tork elektrik yang diperoleh serta merta juga meningkatkan keupayaan off-road X-MODE. Dalam X-MODE, Motor Assist akan diaktifkan lebih awal pada 0 kmj (4kmj dalam pemanduan normal, dan mod I dan S) untuk menambah baik kuasa dan pecutan dari situasi pegun sepenuhnya.
X-MODE membantu pemandu berdepan halangan bentuk rupa bumi mencabar, sekali gus meningkatkan keyakinan pemanduan dan pada masa sama memastikan keselesaan dalam menangani pelbagai kondisi jalan.
BACA >>> #PanduUji: Betulkah Subaru Forester (2019) dengan EyeSight Ini SUV Serba Lengkap?
TEKNOLOGI EYESIGHT STANDARD
Pemandu dapat melihat visual aliran tenaga motor elektrik dan enjin petrol menerusi Paparan Multi-Fungsi 6.3 inci (MFD) resolusi tinggi.
Motor elektrik Forester e-BOXER diletakkan berhampiran pusat graviti (CoG) kenderaan, manakala bateri dan komponen lain disusun atas gandar belakang, memberikan CoG lebih rendah dan agihan berat depan-belakang yang lebih seimbang berbanding Forester biasa. Walaupun menampung komponen motor elektrik berat, hahagian bawah kenderaan yang diperkuat masih mampu mengekalkan pengalaman pemanduan terbaik.
Menempatkan motor elektrik dalam kotak transmisi membantu operasi teknologi e-BOXER tanpa perlu mengubah susun atur struktur asas sistem Symmetrical All-Wheel Drive. Subaru menambah motor, klac dan injap kawalan dalam transmisi Lineartronic. Kotak transmisi pula dikustom eksklusif untuk e-BOXER Lineartronic yang membantu mengurangkan getaran, bunyi bising tidak diingini dan berat tambahan.
Hasilnya adalah karakteristik pengendalian responsif, kestabilan pemanduan dipertingkat dan ruang but 509 liter yang praktikal. Kerusi belakang boleh dilipat untuk mendapatkan lantai kargo rata bagi menyimpan bagasi dan pelbagai barangan lain mengikut aktiviti. Sistem infotainment 8-inci dilengkapkan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
BACA >>> Tan Chong Buka Kilang Subaru di Thailand, Subaru Forester Jadi Model Pertama Dipasang
Forester e-BOXER dibina atas Platform Global Subaru (SGP) dan didatangkan standard dengan pakej Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight, terdiri daripada enam ciri iaitu:
- Brek Pra Perlanggaran (Pre Collision Braking, PCB)
- Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC)
- Pengurusan Terotel Pra Perlanggara (Pre Collision Throttle Management, PCTM)
- Amaran Kekal Lorong (Lane Sway Warning, LSW)
- Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning, LDW)
- Amaran Kenderaan Depan Gerak (Lead Vehicle Start Alert, LVSA)
Forester e-BOXER juga dilengkapkan Brek Undur Automatik (RAB). Jika sistem mengesan risiko pelanggaran belakang ketika mengundur, amaran akan berbunyi untuk perhatian pemandu. Sekiranya pemandu tidak menekan brek, sistem akan mengambil alih brek untuk mengelak atau mengurangkan kerosakan akibat perlanggaran belakang.
SUV ini turut dipasangkan sistem Monitor Pandangan Keliling (AVM) 360° yang terdiri daripada empat kamera, di depan, tepi dan belakang untuk pengesanan menyeluruh. Ini memudahkan pemandu mengawal kenderaan yang mahu diparkir di ruang sempit, termasuk mengurangkan risiko rim rosak kerana bergesel dengan kaki lima atau kenderaan sebelah.
BACA >>> 13 Fakta Pantas - Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan
Leave a Reply