• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Masuk Petronas Yamaha SRT Tahun Depan?

Rossi Masuk Petronas Yamaha SRT Tahun Depan?

January 4, 2020 By Aryon Leave a Comment

9.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEGENDA hidup sukan permotoran, Valentino Rossi tidak menolak kemungkinan berhijrah ke pasukan satelit Petronas Yamaha SRT untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 bagi memastikan Maverick Vinales dan Fabio Quartararo dipilih untuk meneruskan cabaran pasukan pengilang itu.

Rossi disebut sebagai kunci utama kepada masa depan penunggang Yamaha untuk musim 2021 memandangkan pelumba Yamaha sedia ada, Vinales dan Quartararo juga akan tamat kontrak pada penghujung musim ini

BACA >>> Bos Yamaha: Tiada Alasan untuk Lepaskan Vinales

valentino-rossi-the-doctor
aksesori-rossi
aksesori-rossi-2

Mungkin ramai menganggap ayahanda Rossi sudah tidak relevan di trek, tetapi secara realiti, populariti 'The Doctor' sukar diketepikan Yamaha dalam urusan penjenamaan jenama itu sendiri.

Khabarnya, Rossi sudah dimaklumkan Yamaha bahawa posisinya dalam Yamaha tidak akan tergugat. Ini bermakna, Vinales dan Quartararo akan saling berebut pelana dalam pasukan pengilang itu untuk musim 2021 walaupun kedua-duanya menunjukkan prestasi lebih baik berbanding pelumba veteran tersebut.

Pada masa sama, Yamaha juga mahu mengekalkan ketiga-tiga pelumba berkenaan untuk aksi 2021, tetapi perlu berdepan risiko kehilangan sama ada Vinales atau Quartararo sekiranya gagal memberikan jaminan tempat ke pasukan pengilang. Lebih-lebih lagi reputasi dimiliki kedua-dua pelumba muda itu meletakkan masing-masing dalam senarai atas pelumba buruan pasukan pesaing.

Apapun, jangan fikir Rossi akan senang hati dengan situasi yang berlaku. Sebagai pelumba berstatus legenda dan sentiasa dahagakan kemenangan, label 'anak emas' Yamaha bukanlah sesuatu yang seronok didengar. Beliau sendiri turut dalam dilema.

BACA >>> Vinales Mungkin Berhijrah Sebab Quartararo 'Kacau Daun'?

rossi-dan-fans-
rossi-dan-fans-2

Jadi memang ada kemungkinan beliau berundur untuk memberikan ruang kepada adik Quartararo. Satu-satunya idea munasabah yang boleh dianggap situasi menang-menang adalah beliau menggantikan tempat Quartararo dalam Petronas Yamaha SRT, sementara rookie terbaik 2019 itu direkrut masuk ke pasukan pengilang Yamaha.

Lagipun Quartararo sendiri sudah membuktikan jentera M1 yang ditunggangnya musim lalu mampu mengejutkan mana-mana jentera pasukan pengilang lawan. Rossi pula boleh kekal berlumba dan beliau pun tiada masalah untuk sekurang-kurangnya mengacau posisi 10 pelumba terbaik.

Aku tak nampak banyak beza. Aku pilih untuk kekal kat mana aku ada la ni, tapi macam aku cakap, kami ada tiga motor dan seat motor ada dua ja, jadi hang kena fikir seat yang ketiga tu.

“Kalau itu Petronas, pasukan tu pun tak nampak teruk sangat untuk aku. Tapi mungkin Vinales akan keluar. Atau Quartararo tukar pasukan. Siapa yang boleh tau apa dia fikir.

"Aku lebih suka ada masa yang lebih sikit, tapi sayangnya apa saja dalam MotoGP la ni, semua benda nak kena putuskan sekarang juga, baru awal musim kot. Padan patut la...

"Aku cuma perlu sikit masa ja, mungkin separuh musim macam tu. Aku akan cakap dengan Lin (Jarvis) dan Yamaha untuk faham apa yang depa duk nampak," kata Rossi seakan terguris dengan pihak media yang asyik nak buat berita sensasi saja.

BACA >>> Poncharal: Quartararo Satu-Satunya Pelumba Boleh Cabar Marquez

SUMBER: VisorDown

Related

9.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP, MotoGP 2020, Petronas Yamaha SRT, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, VR46, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev