• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?

Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?

January 2, 2020 By Han Othman 4 Comments

8.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEREKA grafik automotif popular, Teophilus Chin kembali dengan lakaran terbaharu yang kali ini beliau cuba memberikan bayangan rekabentuk Myvi versi sedan. Apa yang kita boleh ulas mengenai lakaran tersebut?

BACA >>> Hebat!!! Perodua Bezza RM86k Jadi Sedan Bawah 1.0L Paling Laku di Sri Lanka!

Sekali pandang mengingat kita kepada sedan Honda City, terutama bahagian sisi, dan begitu juga gaya lampu depan LED dengan lampu siang (DRL) LED . Rekaan rim pula mengambil ilham rim Myvi baharu dan bersaiz besar lebih kurang 15 inci berdasarkan imej diberikan.

Bampar direka bersegi dan bentuk gril direka secara horizontal  untuk mendapatkan kesan visual lebar, manakala sepanjang tepi pintu kelihatan empat garis badan yang jelas menyerlahkan siluet khas.

Rekabentuk belakang agak tekno seperti model-model konsep yang ditayangkan di pameran auto. Rekaan difuser dengan dual-ekzos membuatkam bampar nampak tinggi. Antena sirip jerung dikekalkan pada posisi bumbung belakang.

BACA >>> Perodua Aruz - Kereta Paling Banyak di-Google di Malaysia Sepanjang 2019

Bentuk Myvi sedan sentuhan Teophilus ini memang menarik, cuma mungkin bahagian gril kurang menyerlah. Lagipun pendapat kami, Perodua masih tiada rekabentuk gril signatur yang jelas dan menonjol seperti pesaing lain.

Tapi soalannya, bukankah Bezza itu adalah Myvi versi sedan? Atau mungkinkah ada Myvi sedan dalam bentuk sporty? Hmmm...

Related

8.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: lakaran, Lakaran Perodua Myvi Sedan, Perodua Myvi Sedan, Rekaan Grafik, Roda4, Teophilus Chin

Comments

  1. MOHAMMAD says

    January 3, 2020 at 11:57 AM

    Buat dan edar secepat mungkin...
    Tidak sabar rasanya nak rasa myvi
    sedan.....
    Sebab saya adalah seorang pemilik dan peminat jenama myvi

    Reply
  2. Feredkutses says

    January 4, 2020 at 6:16 AM

    Bezza tu Axia versi sedan.. dua2 klas A.. myvi klas B..

    Reply
  3. Zaha says

    January 4, 2020 at 10:36 PM

    Bahagian hadapan x berapa menarik lg...bagi rendah sedikit bahagian hadapan dn grill still bg besar sikit...bahagian sport light..jngn besar sngt..bg nampak sport sikit bahagian hadapan..kekuatan kereta adalah pd bahagian luaran hadapan..nampak garang dn sporty...baru ramai peminat dn pembeli teruja nk beli.

    Reply
  4. Mazlan Yahya says

    January 5, 2020 at 5:08 PM

    Best kalau Perodua dapat keluarkan MyVi sedan dengan kapasiti enjin 1500 cc.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev