• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan

MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan

January 1, 2020 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBINAAN lebih banyak laluan khas motosikal termasuk di jalan sedia ada mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal negara ini.

Pengarah Penyelidikan dan Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan Persekitaran, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan berkata, kemudahan itu boleh dilaksanakan dengan menurap bahu jalan sedia ada.

“MIROS berpandangan pembinaan lorong motosikal tidak eksklusif ini dapat mengurangan kadar kemalangan, membabitkan kenderaan dua roda, di negara ini.

“Pelaksanaan cadangan secara strategik ke atas sistem jalan raya sedia ada ini tidak mustahil dilakukan, jika mempunyai bajet mencukupi," katanya dalam temu bual khas, 'Motosikal: Sumber Kemalangan Maut', di Bernama Radio di Kuala Lumpur.

Dr Muhammad Marizwan
Dr Muhammad Marizwan
laluan-motosikal

Berdasarkan statistik 2018, purata 18 kematian sehari direkodkan di seluruh negara yang kebanyakan melibatkan penunggang motosikal.

Muhammad Marizwan berkata, cadangan pembinaan laluan khas motosikal itu juga bergantung kepada jumlah pengguna motosikal atau kadar kekerapan kemalangan di sesuatu kawasan, sebelum laluan tersebut perlu diwujudkan.

BACA >>> Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?

SETUJU HADKAN HALAJU MOTOSIKAL KECIL

Mengenai cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil kepada 70kmj, beliau berkata pelaksanaan itu perlu dilaksanakan, selari dengan pembinaan laluan khas motosikal itu. Ini kerana pembinaan laluan khas motosikal itu dapat membantu pihak berkuasa memantau undang-undang had laju.

Terdahulu, kumpulan prokeselamatan jalan raya, The Safety First Group menggesa Kerajaan menguatkuasakan had laju 70kmj untuk kapcai dan membina laluan khas motosikal untuk mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan tersebut.

BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

SUMBER: Bernama

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Laluan Khas Motosikal, Lebuh Raya, MIROS, The Safety First Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev